Harian Metro

TOLONG PISAHKAN KAMI

- Agensi

Dua gadis kembar siam berusia 10 tahun yang bercantum di kepala merayu bantuan kewangan untuk membiayai kos pembedahan bagi memisahkan mereka.

Joy dan Joyce Magsino memerlukan dana berjumlah £75,000 (RM415,397) bagi membolehka­n mereka dipisahkan sekali gus menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal lain.

Bapa mereka, Patrick Magsino, 30, berkata, ketika dilahirkan ada satu badan kebajikan yang menyatakan kesediaan membiayai kos pembedahan anaknya itu.

Bagaimanap­un, badan kebajikan itu menarik balik cadangan itu selepas doktor memberitah­u ada saraf otak yang bersambung boleh menyebabka­n seorang daripada anaknya mati.

Namun kini, selepas kanak-kanak itu membesar doktor menyatakan peluang mereka untuk hidup selepas dipisahkan adalah cerah.

Patrick yang bekerja sebagai pembantu pasar dan isterinya, Jomarie mula mengumpul wang untuk pembedahan anaknya itu.

Jomarie juga terpaksa berhijrah ke Qatar untuk bekerja sebagai pembantu rumah untuk mengumpul wang tetapi dana itu masih tidak mencukupi.

“Anak saya ini kini sukar dikawal kerana mereka mahu berpisah dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal lain.

“Mereka juga sering bergaduh kerana masing-masing mahu melakukan aktiviti yang digemari,” kata Patrick.

Patrick juga menyiarkan video menyentuh hati yang memaparkan kehidupan seharian anaknya itu seperti bermain dan menaiki tangga.

Dia juga berharap ada pihak termasuk hospital di negara asing yang sanggup membantu merealisas­ikan impian kembar itu yang mahu dipisahkan.

 Pasangan kembar siam rayu bantuan bagi jalani pembedahan

 ??  ?? JOY dan Joyce Magsino (kanan) melihat telefon bimbitnya selepas merakam gambar swafoto. - Agensi
JOY dan Joyce Magsino (kanan) melihat telefon bimbitnya selepas merakam gambar swafoto. - Agensi
 ??  ?? KEMBAR siam ini sering berdepan kesukaran untuk bergerak seperti menaiki tangga.
- Agensi
KEMBAR siam ini sering berdepan kesukaran untuk bergerak seperti menaiki tangga. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia