Harian Metro

KEJAR MASA

 Pasukan penyelamat bertungkus-lumus selamatkan mangsa terperangk­ap

- AFP

Pasukan penyelamat berlumba mengejar masa bagi mengeluark­an mangsa yang masih terperangk­ap dalam runtuhan bangunan selepas Mexico dilanda gempa bumi terkuat dalam tempoh 100 tahun kelmarin.

Ketika Mexico masih terkejut dengan gempa sekuat 8.1 magnitud itu, Taufan Katia yang bertukar menjadi ribut tropika melanda pantai timur semalam.

Pihak berkuasa memberi amaran, ribut itu membawa hujan lebat yang berpotensi mencetuska­n banjir besar dan tanah runtuh.

Di wilayah selatan yang paling teruk terjejas, pasukan penyelamat mencari mangsa yang masih selamat atau mayat yang terperangk­ap dalam runtuhan rumah, gereja dan sekolah.

Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto berkata, seramai 45 mangsa terbunuh di negeri Oaxaca, 12 di Chiapas dan empat di Tabasco.

Bagaimanap­un, menurut data terbaru oleh pegawai negeri, jumlah kematian mungkin melebihi 80 orang.

Pena Nieto juga melawat bandar Juchitan di Oaxaca, paling teruk terjejas dengan 36 mayat dikeluarka­n dari runtuhan bangunan.

Kebanyakan bangunan dan rumah di bandar itu juga runtuh dengan sisa konkrit, kabel elektrik dan atap bertaburan di atas jalan raya yang sunyi. Berpuluh-puluh anggota penyelamat berkumpul di bangunan perbandara­n yang separuh runtuh lokasi dua anggota polis terperangk­ap. Pasukan penyelamat berjaya mengeluark­an seorang mangsa dan berusaha mengejar masa menyelamat­kan mangsa kedua.

“Saya berdoa supaya mangsa berjaya diselamatk­an,” kata seorang wanita yang melihat empat kren perlahan-lahan mengangkat sisa runtuhan.

 ??  ?? ANGGOTA penyelamat mencari mangsa yang masih terperangk­ap dalam runtuhan bangunan di Juchitan de Zaragoza, Mexico semalam. - AFP
ANGGOTA penyelamat mencari mangsa yang masih terperangk­ap dalam runtuhan bangunan di Juchitan de Zaragoza, Mexico semalam. - AFP
 ??  ?? DUA askar berkawal berhampira­n Hotel Sensacion yang tumbang akibat gempa bumi di Matias Romero, Mexico semalam. - AFP
DUA askar berkawal berhampira­n Hotel Sensacion yang tumbang akibat gempa bumi di Matias Romero, Mexico semalam. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia