Harian Metro

6.5 JUTA DIARAH BERPINDAH

- AFP

 Florida bersedia berdepan Taufan Irma yang dijangka bawa kemusnahan besar

Selepas memusnahka­n beberapa pulau di Caribbean, Taufan Irma menghala ke negeri Florida semalam di mana 5.6 juta penduduk diarah berpindah selepas ia menambah kekuatan sebelum tiba di Cuba.

Irma yang menyebabka­n 19 terbunuh dan ribuan rumah musnah di pulau Caribbean, melanda Kepulauan Camaguey di Cuba dengan kekuatan Kategori 5.

Pusat Taufan Kebangsaan memberitah­u, mata taufan Irma berada kira-kira 440 kilometer dari Miami dan membawa ribut sekuat 257 kilometer sejam.

Taufan itu dijangka melanda kepulauan Florida Keys pada lewat semalam dan hari ini sebelum tiba di darat.

Perkhidmat­an Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) dalam amaran menerusi Twitter memberitah­u, Irma adalah taufan yang sangat bahaya.

“Lingkaran luar mula memberi kesan di Florida Keys! Ribut dan angin kuat yang mengancam nyawa akan terjadi!

“Masih belum terlambat untuk keluar dari Florida Keys. Kamu masih ada masa. Tolong sila keluar. Florida Keys tidak selamat,” katanya.

Jabatan Pengurusan Kecemasan Florida memberitah­u, seramai 5.6 juta penduduk diarahkan berpindah.

Gabenor Florida, Rick Scott memberi amaran, Irma mungkin lebih buruk berbanding Taufan Andrew yang melanda negeri itu pada 1992 dengan menyebabka­n 65 orang maut.

Katanya, ke semua 20.6 juta penduduk Florida juga mesti bersedia untuk berpindah.

“Sekiranya kamu berada di zon berpindah, kamu harus berjaga-jaga dan sila keluar sekarang. Ini adalah taufan yang sangat kuat dan lebih besar daripada negeri ini,” tegasnya.

 ??  ?? TRAFIK sesak di lebuh raya yang menghubung­kan Florida dengan Georgia ketika penduduk melarikan diri daripada Taufan Irma semalam. - Agensi
TRAFIK sesak di lebuh raya yang menghubung­kan Florida dengan Georgia ketika penduduk melarikan diri daripada Taufan Irma semalam. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia