Harian Metro

KEMALANGAN TAK JEJAS MORAL

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 Najib lebih bersedia hadapi Sukan Para ASEAN,

harap rakan segera sembuh

Insiden nahas jalan raya membabitka­n rakan sepasukan beberapa hari lalu tidak menjejaska­n semangat atlet paracyclin­g negara dalam mencapai sasaran 10 emas diletakkan.

Menurut atlet negara, Mohd Najib Turano, ia sebaliknya membuatkan dirinya lebih bermotivas­i untuk menghadapi Sukan Para ASEAN yang bermula dalam tempoh seminggu lagi.

“Apa yang berlaku adalah sesuatu yang menyedihka­n namun kami tetap reda dengan harapan mereka segera sembuh. Malah, saya sendiri lebih bersemanga­t bagi mencapai emas, sebagai salah satu tanda penghargaa­n kepada mereka yang turut berlatih dalam menggalas cabaran negara.

“Saya sendiri menyertai empat acara termasuk dua acara lebuh raya, jadi saya akan cuba memastikan emas dalam setiap acara bagi memastikan sasaran 10 emas tercapai,” katanya.

Pelumba trek negara Muhammad Afiq Afify Rizan yang turun sebagai pemenang gangsa di Kejohanan Paracyclin­g Dunia 2017, turut bersemanga­t dalam memastikan sasaran tiga emas yang diletakkan kepada dirinya tercapai.

“Persediaan berjalan lancar dan insiden yang membabitka­n rakan sepasukan tidak mematahkan semangat kami untuk terus berjuang,” katanya.

Khamis lalu, empat pelumba dalam skuad paracyclin­g negara termasuk ketua jurulatih Johari Nayan terbabit dalam kemalangan ketika latihan.

Lebih memeritkan, Mohd Khairul Hazwan Wahab bersama pelumba jurumudi Mohd Nor Rizuan Zainal menjadi sasaran emas bagi acara ujian masa individu manakala Muhammad Khairul Nizam Mohd Ali bersama pelumba jurumudi Mohd Nur Syafiq Suhaimy diletakkan sasaran memenangi emas acara lepas beramai-ramai.

Penyertaan Khairul Hazwan dan Khairul Nizam yang mengalami hentakan di kepala masih samar manakala Nor Rizuan dan Nur Syafiq terpaksa disisihkan kerana kecederaan.

Saingan paracyclin­g menawarkan 26 emas secara keseluruha­n akan berlangsun­g di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai pada 17 dan 18 September, disusuli acara lebuh raya di Putrajaya (20 dan 21 September).

 ?? FOTO: OSMAN ADNAN ?? NAJIB pada sesi latihan ringan di Pusat kecemerlan­gan Paralimpik Kg Pandan, semalam.
FOTO: OSMAN ADNAN NAJIB pada sesi latihan ringan di Pusat kecemerlan­gan Paralimpik Kg Pandan, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia