Harian Metro

Kasma raih gelaran kelima

-

Kuala Lumpur: Kepantasan Kasma Daniel Kasmayudin

(gambar) sukar dihalang apabila meraih kemenangan ketiga berturut-turut yang juga gelaran kelima peribadi musim ini selepas menjuarai perlumbaan CP150 pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 di Pasir Puteh, Kelantan, semalam.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu dengan mudah menamatkan 20 pusingan untuk melintasi garisan penamat secara bersendiri­an dengan masa keseluruha­n 17 minit 52.165 saat, mengatasi rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham yang menamatkan perlumbaan dengan masa 17:54.113s.

“Saya tidak begitu yakin dan menjangkak­an kemenangan mudah hari ini. Prestasi dan catatan masa saya tidak begitu baik berbanding sesi lain,” kata Kasma yang memulakan perlumbaan di belakang Mohd Izzat Zaidi Salehan (Motul Zeneos Yamaha YY Pang).

“Saya juga bermula agak perlahan dan ketinggala­n di belakang beberapa pelumba lain. Saingan pada awal perlumbaan agak sengit sehingga saya dapat mendahului kedudukan namun masih berhati-hati kerana permukaan litar yang semakin licin.”

Berikutan Kasma selesa di depan, saingan lebih terarah kepada perebutan tempat kedua dan ketiga yang menjadi milik Fazli dan Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) selepas seorang lagi pelumba, Ramdan yang berada di kedudukan kedua terjatuh ketika perlumbaan berbaki beberapa pusingan lagi.

Kasma terus selesa mendahului kedudukan keseluruha­n selepas mengumpul 125 mata daripada tujuh pusingan yang berlangsun­g setakat ini manakala Afif kekal kedua (99) diikuti Fazli ketiga (64).

Sementara itu, Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) mengetepik­an cabaran rakan sepasukan, Md Haziq Md Fairues untuk meraih kemenangan keempat pada musim ini untuk mengukuhka­n kedudukan pendahulu keseluruha­n dengan mengumpul 130 mata.

Akid menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan 13:46.688s diikuti Haziq 13:46.894s. Md Fareez Afeez (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) ketiga 13:47.727s.

Dalam saingan Wira, Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) juara dengan 11:12.261s.

Rakan sepasukann­ya, Md Syarifuddi­n Azman kedua, 11:12.399s manakala Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha–Afb Tech) ketiga 11:16.542s.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia