Harian Metro

TARIKAN ANAK TEMPATAN

Kemunculan Alex sebagai pemandu F1 pertama negara menyaksika­n peningkata­n jumlah penonton pada 2002

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Selepas jumlah kehadiran kurang memuaskan pada edisi 2001 yang menyaksika­n kalendar perlumbaan untuk pusingan di Malaysia diletakkan di awal musim, edisi 2002 menyaksika­n ‘kebangkita­n’ semula peminat perlumbaan berprestij itu.

Ini kerana, jumlah kehadiran penonton di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) mencecah sehingga 92,000 berbanding 75,000 pada 2001. Antara faktor positif itu adalah kerana adanya penampilan pelumba tempatan, Alex Yoong yang ketika itu beraksi bersama pasukan kerdil, Minardi.

Malah sehingga sekarang, Alex kekal memegang status sebagai satu-satunya pelumba negara yang pernah beraksi musim penuh F1. Bersama Minardi, tidak banyak yang dapat dibuktikan Alex apabila sekadar bermula di petak ke-22 tetapi pada satu ketika dia

mampu berada di kedudukan ke-14.

Namun Alex berdepan dengan masalah kotak gear yang menyaksika­nnya terpaksa bersara sekali gus gagal menamatkan perlumbaan.

Apa yang dicapai Alex itu tetap pencapaian membanggak­an bagi peminat permotoran tempatan kerana bukan mudah untuk seseorang pelumba mendapat tempat beraksi dalam F1.

Selain Alex, sebenarnya ada lagi peristiwa yang mencuri tumpuan pada 2002, iaitu aksi ‘panas’ di atas litar antara Juan Pablo Montoya (Williams-BMW) dan Michael Schumacher (Ferrari).

Jentera kedua-dua pelumba itu menyentuh antara satu sama lain di satu selekoh yang mengakibat­kan Monyota dikenakan hukuman penalti dengan perlu memasuki lorong pit.

Saingan 2002 dimenangi Ralf Schumacher (Williams-BMW) dengan Schumacher kedua manakala Montoya, ketiga.

 ??  ?? ALEX
ALEX

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia