Harian Metro

BERPISAH TAK SELESAI MASALAH

-

Minggu lalu cukup hangat diperkatak­an mengenai masa depan beregu utama negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

Akibat aksi yang terus merudum sehingga kemuncakny­a tersingkir seawal pusingan kedua di Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland bulan lalu, ia menerbitka­n campur tangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sendiri.

Badan induk itu tegas menyatakan akan membuat keputusan sama ada mengekal atau memisahkan gandingan mereka berdua pada mesyuarat Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan (C&T) minggu ini.

Apa pendapat anda? Jika anda bertanya saya, keputusan yang akan saya lakukan adalah untuk terus mengekalka­n mereka berdua.

Meskipun kedua-duanya dikatakan tidak rapat di luar gelanggang serta sudah tiada persefaham­an ketika di gelanggang, saya tetap percaya masih ada jalan penyelesai­an untuk masalah itu.

Bagi saya, satu perkara yang biasa apabila gandingan beregu tidak rapat di luar gelanggang dan mempunyai pandangan berbeza. Tidak semestinya jika beraksi dalam acara beregu, anda perlu mempunyai hubungan rapat dengan pasangan.

Malah saya sendiri pernah mengalami situasi sama ketika berganding­an bersama Datuk Razif Sidek.

Semua tahu kami bukan gandingan yang rapat di atas gelanggang, tetapi kami tahu apa diperlukan apabila turun beraksi. Kalau yang mempunyai pertalian darah boleh mempunyai pandangan berbeza ketika di dalam dan luar gelanggang, apatah lagi V Shem-Wee Kiong.

Banyak lagi contoh beregu utama dunia yang tidak begitu rapat di luar gelanggang. Ketua jurulatih beregu lelaki negara ketika ini, Cheah Soon Kit juga tidak mempunyai hubungan rapat dengan pasanganny­a Soo Beng Kiang.

Jadi apa masalahnya? Sebenarnya BAM perlu mencari titik persefaham­an antara V Shem-Wee Kiong.

Mereka berdua perlu meluahkan apa yang terbuku dari hati ke hati, baik kepada jurulatih atau pengurusan BAM.

Jika C&T bakal membuat keputusan untuk memisahkan mereka berdua, saya tidak fikir masalah ini akan selesai.

Sebaliknya saya rasa lebih banyak masalah akan timbul.

Baiklah, jika V Shem-Wee Kiong dipisahkan, adakah akan terjamin mereka mampu membentuk persefaham­an baik dengan gandingan baru nanti?

Untuk membina persefaham­an bukan memakan masa singkat. Ini bukan cerita mengenai pemain perseorang­an yang hanya perlu memikirkan diri sendiri.

Ini membabitka­n dua pemain yang mempunyai perasaan dan karakter berbeza dan sebab itu ia dinamakan beregu.

Nasihat saya kepada BAM, dalam membuat sebarang keputusan, ingat bahawa kita mempunyai beberapa misi penting tahun depan, antaranya Sukan Komanwel dan Asia serta Piala Thomas.

Andai V Shem-Wee Kiong dipisahkan, saya jangkakan masalah lebih rumit akan berlaku. Jumpa lagi.

 BAM perlu cari penyelesai­an terbaik buat V Shem, Wee Kiong

kembali jadi gandingan terbaik dunia

 ??  ?? V SHEM (bawah) dan Wee Kiong tidak rapat di luar gelanggang.
V SHEM (bawah) dan Wee Kiong tidak rapat di luar gelanggang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia