Harian Metro

JAGA SOLAT, JANGAN MEROKOK

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

 Pesanan arwah bapa pendorong utama

kejayaan Alias dalam bola sepak

angan buat perkara yang boleh merosakkan karier sebagai pemain bola sepak.”

Itu pesanan arwah bapa ketua pasukan skuad bawah 15 tahun negara (B-15) Mohammad Alias Alan yang sentiasa tersemat dalam jiwa pemain Soalan (S) : Boleh Alias ceritakan serba ringkas mengenai diri anda kepada pembaca Arena Metro?

: Saya berasal dari Tawau, Sabah dan anak bongsu daripada lima adik beradik. Saya tinggal di Brumas Camp iaitu kawasan pedalaman yang dipenuhi dengan pokok kertas dan kelapa sawit.

Ketika zaman kanak-kanak, saya langsung tidak berminat bermain bola sepak kerana tak menarik. Sahabat saya sering mengajak bermain bola tapi saya tolak kerana kurang berminat.

Saya mula tertarik bermain bola pada umur 7 tahun apabila seorang sahabat saya mengajak bermain di depan rumahnya. Sejak hari itu, saya mula meminati sukan itu hingga pada umur 9 tahun dapat mewakili pasukan Sekolah Kebangsaan Pasir Putih, Tawau.

Saya mula mewakili Sabah ketika darjah empat. Saya berjaya membantu Sabah B-12 hingga ke final menentang Terengganu tetapi kalah 0-1. Dari situ, bakat saya dikesan jurulatih NFDP Raja Azlan Shah yang kemudianny­a menawarkan tempat untuk menyertai program itu. Di situ perjalanan karier saya bermula hingga mewakili Malaysia dan merantau banyak negara untuk bermain bola sepak.

S: Siapa individu penting yang mengajar Alias bermain bola sepak? tengah muda kebangsaan itu.

Dia yang lahir daripada produk Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP) dikatakan antara pemain buruan utama beberapa akademi terkenal Eropah yang amat meminati gaya permainann­ya. Untuk itu, mari kita kenali lebih dekat pemain yang berasal dari Sabah ini.

J: Cikgu sekolah di Tawau iaitu Cikgu Sabarak Piara dan Nawir Palingei. Mereka berdua yang mula mencungkil bakat saya sejak berada di Sekolah Kebangsaan Pasir Putih. Apabila di rumah, abang saya pula menjadi guru bola sepak saya.

S: Alias adalah ketua pasukan skuad elit pertama NFDP. Sepanjang bergelar ketua pasukan apa cabaran besar yang pernah Alias hadapi?

J: Tugas selaku ketua pasukan sangat mencabar. Banyak kenangan dan pengalaman yang saya raih dan paling berharga sudah semestinya ketika kami memenangi Piala SuperMokh 2016 serta Piala Iber Costa del Sol di Sepanyol pada 2015 lalu.

S: Difahamkan Alias kehilangan bapa tersayang ketika bersama skuad NFDP di luar negara, apakah kenangan dan nasihat yang pernah bapa pesan kepada Alias?

J: Arwah bapa adalah insan utama yang mendorong saya untuk berjaya sebagai pemain bola sepak. Semasa saya berada di Switzerlan­d (2016), saya diberitahu mengenai pemergian bapa. Me- mang sedih masa itu, saya tak dapat nak balik kerana terpaksa mengikuti jadual program yang sudah diatur lebih awal. Malah, abang minta saya fokus beraksi di Eropah dan bersabar dengan pemergian bapa. Arwah selalu minta saya jangan pernah cuba sedikit pun buat perkara-perkara yang boleh merosakkan karier sebagai pemain bola sepak. Contohnya jangan hisap rokok, jangan sombong, jaga solat dan sentiasa berdisipli­n.

S: Apa impian dan perancanga­n Alias apabila meninggalk­an NFDP nanti?

J: Impian saya selepas keluar ingin bermain bola sepak di luar Malaysia. Saya mahu jadikan bola sepak sebagai kerjaya utama saya sekali gus membantu keluarga. Kalau tanya kelab idaman, saya ingin bermain untuk kelab Manchester City di England.

S: S : Apakah makanan kegemaran Alias sekiranya pulang ke Sabah yang mungkin sukar dijumpai di Kuala Lumpur?

J: Makanan kegemaran apabila balik ke Sabah ialah Nasi Lalap. Hidanganny­a seperti juadah biasa iaitu nasi bersama ayam dan sayur serta kuah, cuma kuahnya lain daripada yang lain. Makanan itu tiada di Kuala Lumpur dan hanya terdapat di Tawau saja.

 ??  ?? ALIAS (depan tengah) ketika menjadi ketua pasukan skuad elit pertama NFDP.
ALIAS (depan tengah) ketika menjadi ketua pasukan skuad elit pertama NFDP.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia