Harian Metro

IDAM PINGAT OLIMPIK TOKYO

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 Fadhil sedia ikut perancanga­n

jurulatih demi capai impian

Muhammad Fadhil Mohd Zonis antara pelumba trek yang menyerlah di Sukan SEA baru-baru ini apabila meraih dua emas menerusi acara 1km ujian masa dan pecut berpasukan.

Menariknya, dia hampir

“Terlebih dulu saya sangat bersyukur kerana mampu mempamerka­n persembaha­n terbaik di trek selepas membuat persediaan rapi bagi menghadapi temasya Sukan SEA di tempat sendiri. memecahkan rekod kebangsaan dalam keduadua acara itu. Mungkin boleh kongsikan perancanga­n masa depan anda sebagai antara atlet yang dilabel permata sukan berbasikal negara.

Nik Fazlee Nik Leh

Damansara

Saya gembira mampu memenangi dua acara yang disertai, lebih menguatkan semangat dan motivasi adalah hanya sedikit untuk memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 1km ujian masa dan pecut berpasukan.

Apatah lagi kejayaan ini dicapai ketika kesihatan bapa saya, Mohd Zonis Mokhtar tidak berada pada tahap terbaik dan berada di hospital ketika saya beraksi di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai.

Sememangny­a kejayaan ini amat bermakna terutamany­a kepada abah yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk berjaya di pentas antarabang­sa.

Bagaimanap­un, saya melihat persembaha­n dan pencapaian di Sukan SEA, antara detik awal untuk melangkah lebih jauh terutamany­a sehingga ke Olimpik 2020 Tokyo yang menjadi sasaran utama.

Saya sedar ia bukan mudah, bukan saja untuk memenangi pingat Olimpik namun untuk layak secara merit turut memerlukan usaha yang gigih dan pengorbana­n tinggi.

Tapi, saya sudah bersedia. Saya tidak boleh gelojoh dan perlu mengikut semua perancanga­n jurulatih dan perlu melakukann­ya langkah demi langkah bagi mencapai impian itu.

Saya kini berada di bawah penajaan Yayasan Sime Darby (YSD) sehingga Tokyo 2020, jadi secara tidak langsung tidak perlu bimbang atau khuatir tentang kewangan bagi menyertai perlumbaan dan latihan pendedahan diperlukan bagi menjadi atlet yang berkualiti.

Sasaran saya selepas ini adalah untuk buat kali pertama layak beraksi di siri Piala Dunia. Namun, saya perlu membuktika­n kemampuan dan meraih mata yang mencukupi dalam perlumbaan kategori 1 Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI) bagi membolehka­n layak ke saingan utama dunia itu.

Pada masa sama, saya berharap mampu melakar kejayaan di Sukan Asia dan Komanwel pada tahun depan walaupun sedar saingan amat tinggi.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia