Harian Metro

TAMAT BADI 8 TAHUN

- Reuters

Rafael Nadal akhirnya menebus kekecewaan selama lapan tahun dengan menyekat impian Juan Martin del Potro ke final Terbuka Amerika Syarikat menerusi kemenangan hebat pada separuh akhir, semalam.

Kemenangan 4-6, 6-0, 6-3, 6-2 itu turut meletakkan pemain Sepanyol itu di ambang gelaran Grand Slam ke-16 peribadi.

Del Potro menewaskan pemain Sepanyol itu menerusi straight set untuk mara ke final di Flushing Meadows pada 2009 sebelum menewaskan Roger Federer untuk satu-satunya kejuaraan utama yang dimilikiny­a sehingga kini.

Dia mara dengan kemenangan pusingan keempat ke atas pilihan keenam Dominic Indianapol­is: Bekas pemain golf nombor satu dunia Lydia Ko mencatat lapan di bawah par 64 untuk berkongsi kedudukan pendahulu selepas pusingan kedua Kejohanan Tech LPGA, semalam.

Lydia dari New Zealand bangkit untuk berkongsi kedudukan dengan pemain Amerika Syarikat Lexi Thompson yang juga mengumpul 15 di bawah par 129 keseluruha­n, berbaki satu pusingan dalam kejohanan di lapangan Brickyard Crossing, Indianapol­is.

Pemain New Zealand berusia 20 tahun yang memburu kemenangan pertamanya dalam tempoh lebih setahun, mencatat lima birdie berturut-turut. Dia mengumpul sembilan birdie dan satu bogey dalam pusingan itu.

“Saya suka berada di kedudukan ini dan mampu membuat pukulan baik, berpuas hati dengan semua birdie yang dilakukan,” kata Lydia.

“Apabila anda mula melakukann­ya, ia memberikan anda keyakinan.”

Pemain Taiwan Candie Kung di tangga ketiga selepas membuat 64 pukulan. Tiga pukulan di belakang Candie adalah Ashleigh Buhai dari Afrika Selatan, mengumpul 11 di Thiem sebelum menewaskan Federer pada suku akhir, Nadal sebaliknya menjadikan impian Del Potro satu mimpi ngeri.

“Hari ini adalah hari untuk bermain dengan baik,” kata Nadal, juara Terbuka AS dua kali.

“Saya bermain dengan sederhana pada awal kejohanan dan ia semakin meningkat setiap hari.

“Hari ini adalah harinya untuk bermain perlawanan terbaik dalam kejohanan ini sejak detik itu kerana saya bermain menentang pemain paling mencabar ketika ini, dan lawan ini, seperti yang saya katakan sebelum ini mempunyai keyakinan tinggi.

“Saya bangun hari ini dan berkata, ‘Inilah harinya saya akan bermain bersungguh-sungguh’. Saya perlu bermain dengan tenaga yang

 Nadal puas hati sekat hasrat Del Potro mara final Terbuka AS

tepat dan saya perlu meningkatk­an tahap permainan.”

Nadal tidak bermula dengan baik, tercicir set pertama apabila bergelut untuk membalas servis dan pukulan depan bertenaga daripada pemain bertubuh tinggi dari Argentina itu.

Namun, pada set kedua, pemain nombor satu dunia itu mula tampil lebih garang. Nadal yang kelihatan lebih cergas selepas dua kemenangan straight set, memanfaatk­an kelebihan itu berbanding Del Potro yang mula keletihan selepas menentang Thiem dalam lima set dan empat set untuk menumbangk­an Federer.

Selepas menewaskan Del Potro berketingg­ian 198sm, Nadal akan menentang seorang lagi pemain tinggi dari Afrika Selatan Kevin Anderson, 203sm pada aksi final hari ini.

 ??  ?? NADAL ceria selepas menewaskan Del Potro.
NADAL ceria selepas menewaskan Del Potro.
 ??  ??
 ??  ?? LYDIA puas hati dengan semua birdie dilakukan.
LYDIA puas hati dengan semua birdie dilakukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia