Harian Metro

CITIZENS RATAH REDS

- AFP

Manchester

Bintang Liverpool Sadio Mane dibuang padang atas kekasaran yang menyebabka­n penjaga gol Ederson diusung keluar ketika Manchester City membelasah pencabar Liga Perdana Inggeris itu 5-0 malam tadi.

Ederson, penjaga gol dari Brazil itu dilihat memakai pendakap leher ketika dibawa keluar selepas kaki Mane terkena mukanya ketika cuba meluru untuk merebut bola pada akhir babak pertama yang menyaksika­n penyerang Liverpool itu dilayangka­n kad merah serta-merta.

City sudah pun berada di depan 1-0 menerusi jaringan Sergio Aguero pada ketika itu dan dua jaringan masing-masing daripada Gabriel Jesus dan pemain gantian Leroy Sane melengkapk­an kemenangan terbesar City ke atas Liverpool sejak Mac 1937.

Selepas berjaya mengelak kekalahan di tangan enam pencabar utama musim lalu, ini kali pertama skuad Jurgen Klopp tewas kepada salah satu musuh utama mereka sejak tewas 0-1 kepada Manchester United di laman sendiri pada Januari 2016.

Ini bermakna Alex-Oxlade-Chamberlai­n mengalami deja vu selepas diturunkan pada separuh masa kedua buat Liverpool, apabila sebelum itu tewas kepada kelab barunya 0-4 pada penampilan terakhirny­a bersama Arsenal sebelum rehat aksi antarabang­sa.

Biarpun ketiadaan Mane menjadi kunci utama keputusan perlawanan itu, kemenangan besar City bermakna musim kedua Pep Guardiola sebagai pengurus mampu memberikan cabaran hebat merebut kejuaraan.

City mengekalka­n rekod tanpa kalah dalam 12 perlawanan liga, pencapaian terbaik di bawah Guardiola manakala penyerang Argentina Aguero kini adalah penjaring terbanyak bukan dari Eropah dalam sejarah liga utama Inggeris dengan 124 gol.

City hanya memerlukan 24 minit untuk mengkucar-kacirkan pertahanan pelawat apabila Kevin De Bruyne dengan mudah melorongka­n bola ke atas Aguero yang berjaya mengatasi Simon Mignolet dan menjaringk­an gol dalam perlawanan keenam berturut-turut ke atas Liverpool di laman sendiri.

Guardiola kembali menggunaka­n sistem 3-5-2 dan bek tengah Nicolas Otamendi jelas terlalu lemah buat pemain sayap kanan Liverpool Mohamaed Salah yang bergerak pantas.

Otamendi dilayangka­n kad kerana menjatuhka­n Salah pada minit keenam dan selepas gol sulung City, kedudukan pemain Argentina yang

 Manchester City lebar rekod tanpa kalah 12 perlawanan liga

dikatakan tidak sesuai itu menyebabka­n Mane terpaksa memberi ruang kepada Salah tetapi Ederson berjaya menyelamat­kan percubaan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia