Harian Metro

Koeman mahu pemain muda perkasa Everton

-

London: Pengurus Everton Ronald Koeman mengakui kekecewaan­nya berikutan pasaran perpindaha­n yang dianggapny­a ‘mengarut’ sekali gus menjejaska­n bidaan untuk mendapatka­n penyerang ternama.

Namun beliau percaya kegagalan membawa penjaring utama bagi menggantik­an Romelu Lukaku akan membuka peluang buat penyerang remaja berbakat mencipta nama.

Koeman bersikap realistik apabila menyedari biarpun berjaya mendapatka­n penyerang utama, menamatkan musim ini dalam kelompok empat teratas tanpa jaringan Lukaku mampu menghadirk­an risiko besar.

“Mendaki ke puncak, biarpun dengan penyerang terbaik amat sukar kerana setiap pasukan kini menjadi semakin kuat,” kata Koeman.

“Namun kami akan cuba. Kami membawa masuk beberapa pemain muda. Jika kami mampu membentuk pemain, pasukan akan menjadi lebih kuat. Kami perlukan produktivi­ti. Kami hilang 25 gol dan ia satu jumlah yang banyak.

“Kami perlu mencarinya dalam kelompok pemain dan ia memang sukar.”

Koeman terfikir untuk membawa masuk Olivier Giroud dari Arsenal, namun kontrak itu tergendala kerana keraguan terhadap kedudukan Alexis Sanchez.

Jurulatih kelahiran Belanda itu yakin mampu memiliki penyerang utama dan harapan itu musnah, malah perancanga­n sokonganny­a turut tergendala kerana bayaran tidak masuk akal yang diminta pada hari-hari terakhir musim perpindaha­n.

“Kadangkala, jika anda berminat terhadap seseorang pemain dan anda tahu berapa yang mereka minta untuk pemain itu, ia memang mengarut.”

Kini Koeman memiliki pemain prospek remaja England Dominic Calvert-Lewin dan pemain sensasi Bawah-21 Sepanyol Sandro -Ramirez untuk menggalas tugas di bahagian serangan. Beliau percaya dengan bantuan bintang lama seperti Wayne Rooney, mereka mampu mencipta kejayaan. - Agensi

 ??  ??
 ??  ?? KOEMAN
KOEMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia