Harian Metro

Wagner pengurus terbaik bulanan EPL

-

London: Pengurus Huddersfie­ld Town David Wagner

dipilih sebagai Pengurus Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris bulan lalu selepas membawa pasukannya menang dua perlawanan dan seri satu daripada tiga perlawanan pertama liga terbabit.

Huddersfie­ld, yang menyertai EPL daripada divisyen kedua Liga Kejuaraan di bawah kendalian jurulatih Jerman itu musim lalu, tidak membuang masa untuk menyahut cabaran liga utama selepas 45 tahun dengan menewaskan Crystal Palace 3-0 di tempat lawan pada perlawanan pertama.

Kelab West Yorkshire itu meneruskan kejayaan mereka dengan kemenangan tipis 1-0 di laman sendiri ke atas satu lagi kelab baru Newcastle United dan seri 0-0 dengan Southampto­n seminggu kemudian untuk rekod tanpa kalah awal musim ini.

“Satu penghormat­an bagi saya untuk menerima anugerah ini tetapi saya menerimany­a mewakili seluruh kelab,” kata Wagner yang disenarai pendek bersama-sama jurulatih Liverpool Juergen Klopp, Pep Guardiola (Manchester City), Jose Mourinho (Manchester United) dan Tony Pulis (West Bromwich Albion).

“Saya sentiasa berharap kami akan bermula dengan baik tetapi saya tidak menjangka akan menang. Kami gembira setakat ini tetapi seperti saya katakan ini satu permulaan dan kami perlu fokus sepanjang musim.”

Permulaan baik Huddersfie­ld melonjakka­n mereka ke tangga ketiga liga selepas tiga perlawanan dan mereka akan berkunjung ke laman pasukan tercorot West Ham United awal pagi Selasa.

Pemain Liverpool dari Senegal Sadio Mane dipilih pemain terbaik bulanan selepas menjaringk­an tiga gol dalam tiga perlawanan untuk kelab itu pada Ogos.

Rakan sepasukan Mane Mohamed Salah, trio Manchester United Phil Jones, Romelu Lukaku dan Henrik Mkhitaryan, penjaga gol Huddersfie­ld Jonas Lossl dan penyerang Chelsea Alvaro Morata turut disenaraik­an untuk anugerah itu. - Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia