Harian Metro

MBAPPE BERBISA

-

 Pemain remaja tak ketinggala­n ledak gol

pada aksi sulung bersama PSG

Kylian Mbappe meledak gol pada penampilan sulungnya ketika Paris Saint-Germain (PSG) menang selesa 5-1 ke atas Metz yang beraksi dengan 10 pemain dalam Ligue 1 semalam.

Lorongan tepat Neymar mencipta gol pembukaan oleh Edinson Cavani pada minit ke-31 namun tandukan Emmanuel Riviere menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama.

Namun perlawanan kembali memihak PSG dalam tempoh tiga setengah minit apabila Benoit Assou-Ekotto dilayangka­n kad merah kerana menjatuhka­n Mbappe, sebelum pemain remaja itu menjaringk­an gol sulungnya.

PSG terus berpesta gol dengan Neymar mencetak jaringan peribadi, Cavani meledak gol kedua manakala Lucas Moura menjaringk­an gol kelima.

Ini adalah kemenangan kelima berturut-turut PSG pada awal musim Ligue 1, meletakkan mereka tiga mata mendahului puncak liga di depan juara bertahan Monaco.

“Adalah penting bagi saya mempunyai keseimbang­an di padang,” kata jurulatih PSG Unai Emery.

“Saya fikir pemain yang bagus suka bermain dengan pemain yang bagus dan Kylian (Mbappe) membuat permulaan yang baik.”

PSG kini boleh mengalih perhatian terhadap aksi sulung peringkat kumpulan Liga Juara-Juara awal pagi Rabu apabila berdepan Celtic di Glasgow.

Mbappe diturunkan sebagai kesebelasa­n utama pada penampilan pertamanya selepas dipinjamka­n dari Monaco selama semusim dengan pilihan untuk membeli pemain itu dengan bayaran yang boleh mencapai 180 juta euro (RM909.1 juta).

“Kemenangan, gol dan perlawanan yang hebat. Saya memiliki segala-galanya yang membuat saya berpuas hati,” kata Mbappe.

“Kini kami akan ke Glasgow untuk mencipta permulaan baik di Eropah. Saya sentiasa katakan bahawa Liga Juara-Juara adalah kejohanan yang istimewa.”

Pasukan pelawat mendahului hasil gerakan cantik daripada pemain termahal dunia Neymar.

Pemain Brazil itu melorongka­n hantaran cantik buat Mbappe dan Cavani, sebelum Cavani berjaya memperdaya­kan penjaga gol Metz Eiji Kawashima dan meledak gol keenam liga musim ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia