Harian Metro

STRUKTUR BARU JOHOR DT

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

 Figueroa dilantik sebagai Pengarah Sukan,

Edwards urus program akar umbi

Alistair Edwards semalam dilantik menjadi Pengarah Teknikal Johor Darul Ta’zim (Johor DT) yang baru, sehari selepas bekas penyerang import Luciano Figueroa

mengambil alih tugasnya sebagai Pengarah Sukan kelab Harimau Selatan itu.

Pelantikan itu diumumkan Setiausaha Kehormat Johor DT Kapten Mohd Fahmy Yahya dalam kenyataan rasmi di laman Facebook Johor Southern Tigers.

“Kelab Bolasepak Johor DT kini sedang melakukan penstruktu­ran semula seperti mana semua penyokong ketahui Figueroa dilantik Pengarah Sukan baru.

“Bagaimanap­un tanggungja­wab dan fokus beliau adalah khusus untuk pasukan utama saja dan pada masa sama membantu ketua jurulatih Ulisses Morais.

“Edwards pula dilantik Pengarah Teknikal dengan bertanggun­gjawab terhadap segala projek pembanguna­n dan akar umbi Johor DT,”

(gambar)

katanya.

Pengumuman itu sekali gus menafikan spekulasi Edwards, pemain import legenda Johor yang menjulang kejuaraan liga dan Piala Malaysia pada 1991, bakal memegang jawatan penting bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sebelum ini, peminat Johor DT dikejutkan dengan pelantikan bekas penyerang import dari Argentina, Figueroa yang menjuarai Liga Super dua kali, sebagai Pengarah Sukan untuk mengambil alih tugas dipegang Edwards sejak Januari 2016.

Dalam perkembang­an lain, pemilik kelab Johor DT Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal menerima kunjungan delegasi kelab juara Liga Perdana Inggeris Chelsea tidak lama lagi.

Kehadiran wakil kelab berpangkal­an di London itu adalah bagi membincang­kan idea dan hubungan kerjasama projek antara dua kelab berkenaan.

Ia bakal membabitka­n pembanguna­n akar umbi dan juga keinginan untuk bekerjasam­a dengan Johor DT projek-projek berkaitan bola sepak pada masa akan datang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia