Harian Metro

T-Team tamat kontrak Nor Hakim?

- Aziman Rosdi Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Pengurusan skuad T-Team bakal mengenakan tindakan tegas termasuk menamatkan kontrak pemain sayap Mohd Nor Hakim Hassan selepas gagal hadir sesi latihan sejak bertemu Melaka United, 5 Ogos lalu.

Pemain yang sudah meledak lima gol dalam saingan Liga Super itu sebelum ini mendapat tawaran lumayan dari Kuala Lumpur ketika jendela kedua perpindaha­n pemain dibuka.

Pengurus pasukan Datuk Mohamad Kamil Othman berkata, beliau tidak akan berkomprom­i mengenai masalah disiplin dan bakal mengenakan tindakan tegas termasuk menamatkan kontrak pemain itu.

“Sehingga kini kami masih gagal mengesan pemain itu dan tidak menerima sebarang surat berhubung ketiadaann­ya. “Hari ini (semalam) sudah 20 hari dia tidak menyertai sesi latihan sedangkan kami berdepan dengan beberapa perlawanan penting.

“Tidak dinafikan kami sedikit pincang tanpa kelibat Nor Hakim.

“Bagaimanap­un kami masih memberi ruang untuk perbincang­an sekiranya situasi ini berubah dalam masa terdekat.

“Tapi sekiranya masih berlarutan, maka kami tiada pilihan kecuali menamatkan kontraknya,” kata Kamil.

Kamil mengakui pihak pengurusan begitu kecewa dengan apa yang berlaku tetapi masih menunggu alasan serta bukti kukuh daripada pemain itu sendiri.

“Sebelum membuat sebarang keputusan muktamad, kami tunggu dulu jawapan pemain itu,” katanya.

A dengan sembilan mata manakala PKNP yang seri 0-0 dengan Negeri Sembilan, mengunggul­i persada hasil 11 mata.

Melaka pula bernasib baik layak walaupun tewas 3-5 kepada UiTM kerana pesaing terdekat, Kelantan turut kecundang 0-2 kepada peneraju Kumpulan C, Kedah.

Melaka mempunyai sembilan mata, manakala Kedah menerajui kumpulan dengan 15 mata.

Kemenangan itu bermakna Pahang dan Melaka menyertai PKNP, Perak, FELDA FC, Kedah, Johor Darul Ta’zim dan Selangor berada dalam kelompok lapan pasukan terbaik.

 ?? Nor Azam Azih ?? AZAM (bawah) masih miliki baki kontrak tiga tahun dengan Pahang. Bermain di Thailand, selain dapat pengalaman, peluang kita untuk pergi ke kelab lebih besar juga cerah. Kita boleh lihat peluang Chanatip di Jepun, mungkin selepas ini ada pemain kita...
Nor Azam Azih AZAM (bawah) masih miliki baki kontrak tiga tahun dengan Pahang. Bermain di Thailand, selain dapat pengalaman, peluang kita untuk pergi ke kelab lebih besar juga cerah. Kita boleh lihat peluang Chanatip di Jepun, mungkin selepas ini ada pemain kita...
 ??  ?? NOR Hakim (kanan) sudah 20 hari tidak berlatih bersama T-Team.
NOR Hakim (kanan) sudah 20 hari tidak berlatih bersama T-Team.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia