Harian Metro

PLATFORM GILAP BINTANG

- Aziman@hmetro.com.my

Azam optimis kualiti Liga 1 Thailand mampu tingkatkan tahap permainan pemain tempatan

Kuala Lumpur

Pemain tengah Nor Azam Azih percaya Liga 1 Thailand boleh menjadi platform terbaik untuk pemain muda negara mengorak langkah lebih tinggi seperti bintang negara jiran itu Chanathip Songkrasin.

Chanathip, 23, yang turut dikenali sebagai Messi Jay kerana kelincahan­nya kini mencipta nama bersama kelab Liga 1 Jepun selepas dipinjamka­n Muangthong United kepada Consadole Sapporo, Julai lalu. Menurut Azam, 22, kualiti liga utama Thailand itu boleh meningkatk­an tahap permainan pemain tempatan sekali gus menarik perhatian pencari bakat dari kelab luar khususnya Liga Jepun yang mahu mendapatka­n khidmat pemain ASEAN.

“Saya fikir Liga Thailand yang terbaik di rantau Asia Tenggara. Mana-mana pemain yang dapat peluang bermain di liga itu memang bagus. Bila keluar berita mengenai kelab Thailand berminat dengan pemain Malaysia, saya mendapat reaksi positif ramai pihak terutama penyokong yang mahu saya ke sana.

“Bermain di Thailand, selain dapat pengalaman, peluang kita untuk pergi ke kelab lebih besar juga cerah. Kita boleh lihat peluang Chanatip di Jepun, mungkin selepas ini ada pemain kita pergi ke sana pula,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Sebelum ini dua pemain negara Wan Zack Haikal Wan Noor dan Nazirul Naim Che Hashim pernah beraksi dengan kelab liga divisyen tiga Jepun FC Ryukyu pada 2013 selepas bakat mereka dikesan ketika mewakili skuad bawah 23 tahun (B-23) negara dalam kelayakan Olimpik 2012 menentang Jepun.

Akhbar ini kelmarin melaporkan enam pemain skuad bawah 22 tahun (B-22) negara yang menyerlah di Sukan SEA Kuala Lumpur bulan lalu menarik minat beberapa kelab utama Thailand yang berpangkal­an di Bangkok dan Chonburi.

Pemain berkenaan membabitka­n pertahanan Adam Nor Azlin (Selangor) dan Adib Zainudin (FELCRA FC), pemain tengah Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang), Azam (Pahang) dan penyerang Jafri Firdaus Chew (Pulau Pinang) dan N Thanabalan (FELCRA FC).

Azam yang menjadi antara watak penting kejayaan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee meraih pingat perak Sukan SEA mengakui belum menerima sebarang tawaran kelab luar setakat ini namun tidak menolak untuk menimbangk­annya jika ada.

“Saya masih ada baki kontrak tiga tahun dengan Pahang, setakat ini tiada tawaran daripada pasukan luar negara. Apapun, ketika ini, fokus saya hanya untuk membantu Pahang. Jika ada peluang baik ke luar negara, mungkin boleh dibincangk­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia