Harian Metro

Destinasi santai diri

 Impian Rimba Resort jadi pilihan sekeluarga beristirah­at hujung minggu

-

Berkelah sambil berseronok bersama keluarga tercinta pada hujung minggu adalah antara aktiviti santai yang boleh dilakukan ramai terutama ibu bapa yang sibuk dengan tugasan pada hari bekerja.

Pemilik Impian Rimba Resort, Ahmad Fazli Ishak berkata, peluang menghabisk­an masa berkualiti bersama keluarga tersayang pada hujung minggu sentiasa dinanti-nantikan oleh seisi keluarga.

“Kesempatan itu seharusnya digunakan sebaik mungkin dengan menggembir­akan ahli keluarga terutama anak-anak. Seperti di Impian Rimba Resort ini, mereka boleh datang untuk berkelah, mandi-manda di Sungai Pangsun atau kolam renang, makan dan sebagainya untuk meluangkan masa bersama.

“Perkara paling penting bagi ibu bapa semestinya dapat melihat anak-anak mereka gembira dan seronok dengan aktiviti yang dilakukan bersama,” katanya.

Selain perkelahan, Impian Rimba Resort juga menyediaka­n kemudahan kursus, penginapan, kemudahan sambutan hari keluarga dan lain-lain aktiviti berkumpula­n.

Resort yang dilengkapi dengan 44 chalet, satu asrama, tiga dewan seminar dan sebuah surau membolehka­n pengunjung berehat sambil menenangka­n fikiran dengan menikmati suasana tenang persekitar­an pohon yang menghijau. Menurut Ahmad Fazli, selain warga kota, ramai pengunjung dari negeri berdekatan seperti Negeri Sembilan datang berkunjung ke situ untuk menikmati keindahan alam dan berlibur bersama keluarga.

“Rata-rata pengunjung yang datang ke sini tertarik dengan kejernihan dan kebersihan air Sungai Pangsun.

“Disebabkan itu, mereka lebih gemar melakukan aktiviti luar berbanding menghabisk­an waktu di pusat beli-belah,” katanya.

Sudah 10 tahun menceburka­n diri dalam bidang agro pelanconga­n itu, Ahmad Fazli mendapat bantuan pembiayaan sebanyak RM220,000 daripada PUNB menerusi Skim PROSPER Runcit.

 ??  ?? BERLIBUR dengan mandi-manda di Sungai Pangsun.
BERLIBUR dengan mandi-manda di Sungai Pangsun.
 ??  ?? PONDOK gazebo sedia untuk disewa seisi keluarga bagi berehat.
PONDOK gazebo sedia untuk disewa seisi keluarga bagi berehat.
 ??  ?? AHMAD Fazli, pemilik Impian Rimba Resort.
AHMAD Fazli, pemilik Impian Rimba Resort.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia