Harian Metro

Umum 12 terbaik malam ini

-

Minggu ini saksikan pula persembaha­n 12 lagi peserta iaitu Adira, Anding, Syamel, Indah Ruhaila, Faizal,

Faizul, Amylea, Nubhan, Shahir, Rosma, Amir dan Aril.

Antara mereka ada empat juara iaitu Faizal (AF4), Shahir (AF8) dan Faizul (AF2013) yang lama menyepi dan juara AF2016, Amir.

Mungkin mereka mampu memberi kejutan malam ini tetapi yang menjadi sebutan, selalunya naib juara yang lebih menyerlah seperti Adira dan Syamel.

Minggu ini juga mendebarka­n kerana bakal mengetahui siapa antara 24 peserta (minggu pertama dan kedua) yang akan dipilih untuk terus mara ke peringkat seterusnya.

Selepas ini setiap minggu kita akan menyaksika­n seorang demi seorang disingkir. Mujur penganjur memilih untuk memberi tanggungja­wab kepada juri profesiona­l yang memberikan 70 peratus markah manakala undian penonton hanya 30 peratus.

Tentu sukar jika jari-jari penonton diberi tanggungja­wab sepenuhnya menjadi juri kerana kecenderun­gan mereka memilih peserta disukai dan bukan menilai bakat peserta.

Namun, kalau namanya program realiti, pasti akan ada drama hingga menimbulka­n keresahan kepada penonton. Kita nantikan saja drama menarik AF Megastar selepas ini.

Malam ini, sama-sama kita saksikan Konsert Homecoming AF Megastar (Bahagian 2) yang bersiaran secara langsung dari

Royal Theater, Shah Alam, Selangor mulai jam 9 menerusi Astro Ria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia