Harian Metro

Minat Phua Chu Kang, Ace Ventura

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Erwin kagum kelebihan Gurmit Singh dan Jim Carrey buat penonton ketawa walau berlakon dalam keadaan bersahaja

Sudah tiga tahun pelakon kelahiran Singapura, Erwin Dawson membina nama di Malaysia. Kembara seninya di sini berjalan lancar malah bakat jejaka itu turut menarik lebih ramai peminat.

Di sini dia masih dianggap baru tetapi hakikatnya, Erwin terlebih dulu membina namanya di negara kelahiran. Pelakon kacukan MelayuNew Zealand itu adalah juara program pencarian bakat di Singapura, Anugerah Skrin 2010.

Bagi Erwin, dia tidak pernah terfikir menceburi bidang seni lakon. Pembabitan­nya dalam industri hanya secara kebetulan ketika menemani rakan yang datang untuk uji bakat.

“Sebenarnya sejak kecil saya suka menonton cerita komedi. Antara yang saya suka, Phua Chu Kang dan Ace Ventura. Saya membesar dengan hiburan seperti itu dan sangat kagum dengan bakat Gurmit dan Carrey,” katanya.

Kata Erwin, dia tertarik dengan kelebihan mereka yang mampu membuatkan penonton ketawa walaupun berlakon dalam keadaan bersahaja. Dalam rasa minat itulah terselit keinginan untuk menjadi seperti mereka.

Siapa sangka pelakon utama drama

Miss Kapten Cikgu Waiz ini pernah menjadikan dua pelakon komedi itu sebagai idolanya sebelum mengambil keputusan untuk menjadi pelakon.

“Zaman kanak-kanak saya penuh dengan memori Phua Chu Kang dan Ace Ventura. Itu adalah dua rancangan televisyen yang sering saya tonton kerana ia kelakar dan sememangny­a menghi- burkan.

“Ketika itu, saya tertanya-tanya bagaimana mereka boleh berlakon dengan bersahaja tetapi penonton ketawa tidak kering gusi dengan gelagat mereka. Saya pernah terfikir untuk menjadi seperti mereka suatu hari nanti,” katanya.

Erwin akui masa kecil dulu ramai mengatakan jadi pelakon tidak ada masa depan cerah hingga dia hanya menyimpan hasrat itu dalam hati.

Semua itu berubah selepas dia menjuarai pencarian bakat dianjurkan MediaCorp Suria. Awalnya, pembabitan itu hanya sebagai hobi dan Erwin masih mengimpika­n untuk mempunyai kerja tetap.

Namun semakin kerap berlakon, rasa cinta pada dunia itu yang selama ini dipendam akhirnya timbul semula. Walaupun bukan berlakon dalam cerita komedi sama seperti Gurmit dan Carrey, dia sudah merasai perasaan puas apabila lakonannya disukai ramai.

“Dua pelakon komedi itulah yang menimbulka­n percikan dalam hati untuk mencuba bidang lakonan. Walaupun asalnya saya tidak mahu terbabit dengan industri seni, rezeki saya sebenarnya dalam kerjaya ini.

“Saya rasa menceburi bidang seni adalah keputusan yang betul. Saya mungkin bukan pelakon komedi yang boleh buat orang ketawa tetapi sekurang-kurangnya saya puas apabila penonton memberikan maklum balas positif terhadap lakonan saya,” katanya.

Seiring pertambaha­n usia, Erwin atau Mohamed Erwin Shah Evan Dawson tidak hanya meminati dua pelakon komedi itu tetapi juga individu yang menyebarka­n aura positif.

Katanya, dia adalah pengikut setia Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock. Kata-kata positif yang sering dikongsika­n bekas ahli gusti itu memberikan ‘vibe’ yang menenangka­n.

“Saya tidak hanya menjadikan pelakon sebagai idola tetapi individu daripada pelbagai latar belakang asalkan memberikan inspirasi. Mereka semua tidak hanya memberikan impak pada kerjaya tetapi hidup saya secara keseluruha­n.

“Kita harus melihat orang yang positif untuk terus maju dalam hidup dan kerjaya. Mereka akan memberikan dan menaikkan semangat agar kita gigih mencapai cita-cita.

“Seperti The Rock, sesiapa yang mengikuti perkembang­annya dari awal sehingga bergelar pelakon pasti tahu ‘struggle’ yang dilaluinya untuk berjaya. Dia tidak pernah berhenti dan putus asa.

“Saya kagum kerana dia tidak pernah menyalahka­n situasi apabila berada dalam kesusahan. Dia akan mencari jalan penyelesai­an dan bukan sibuk meletakkan kesalahan itu pada orang lain,” katanya.

Erwin sebelum ini pernah berlakon dalam filem Warna Cinta Impian yang turut dibintangi Shiqin Kamal, Awie dan Erra Fazira.

Oktober depan, filem terbaru lakonannya, Dubai My Love akan ditayangka­n manakala Bisik Pada Langit lebih dulu ditayangka­n pada 21 September ini.

 ??  ??
 ??  ?? GURMIT Singh
GURMIT Singh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia