Harian Metro

Sedondon tengah kota Chicago

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Kesedihan Lana sambuat Aidiladha terubat apabila suami cadang pakai baju

kebangsaan pada majlis makan malam

Kesedihan hati pelakon

Lana Nodin tidak dapat menyambut Aidladha di samping keluarga, sedikit terubat apabila suaminya mencadangk­an mereka menggayaka­n baju kebangsaan di tengah-tengah bandar Chicago, Amerika Syarikat (AS).

Lana kini mengikut suaminya, David McKienzie pulang ke AS bagi membolehka­n dia menyertai beberapa siri pertanding­an bola tampar. Pada Aidiladha lalu, Lana menemani suaminya ke Chicago.

Katanya, David ke Chicago menyertai kejohanan bola tampar dan pada sebelah malamnya mereka menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan.

“Walaupun dikeliling­i suami dan anak, kesedihan menyambut hari raya di perantauan tidak dapat disembunyi­kan.

“Mungkin kesedihan itu tidak berapa dirasai andai saya dapat memasak dan menyediaka­n juadah hari raya di rumah kami di California.

“Bagaimanap­un, saya tidak dapat berbuat demikian kerana beberapa hari sebelum hari raya haji kami sekeluarga bertolak ke Chicago,” katanya.

Kata Lana, dia terkejut apabila suaminya mencadangk­an mereka menggayaka­n baju kebangsaan pada malam itu.

“Sebenarnya baju yang kami pakai adalah koleksi ketika menyambut Aidilfitri lalu. Bagaimanap­un ketika itu saya sekeluarga berada di Kuala Lumpur pada Syawal pertama saja dan selepas itu harus pulang ke California.

“Kalau hendak diikutkan, ada tiga pasang lagi baju raya yang kami belum pakai. Waktu itu saya tanya David agaknya bila kita dapat pakai lagi baju raya yang ditempah itu. Katanya, bawa saja pulang ke AS,” katanya.

Lana akui terkejut apabila suaminya mencadangk­an mereka memakai baju kurung dan baju Melayu yang belum pernah dipakai ketika menghadiri majlis makan malam sempena penyertaan di pertanding­an bola tampar itu.

“Saya terharu suami memberi cadangan itu.

Saya yang pada mulanya berasa murung sepanjang hari kerana tidak dapat menyambut Aidiladha, terus berubah gembira,” katanya.

Gambar Lana bersama suami dan anaknya, Gia Quinn Mckienzie berbaju kurung dan baju Melayu di tengah-tengah bandar raya Chicago dimuat naik di laman sosialnya menarik perhatian peminat.

Kata Lana, dia tidak menafikan kehadirann­ya sekeluarga menggayaka­n baju kebangsaan di majlis makan malam itu membuatkan mereka menjadi perhatian.

“Ramai tetamu tersenyum memandang kami dan tidak kurang juga bertanya fesyen apa yang kami pakai. Tambah pula warna sedondon dan David sendiri menerangka­n kepada mereka mengenai baju kebangsaan sambutan Aidiladha yang sepatutnya kami sambut,” katanya.

Alang-alang berada di tengah-tengah kota Chicago dan berbaju kebangsaan, Lana akui dia dan David mahu merakamkan gambar dan aksi mereka sebagai kenangan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia