Harian Metro

Fizi banyak belajar di Suria FM

-

Kehadiran Fizi Ali, 28, bersama Zulin Aziz dan Shahrol Shiro menyerikan segmen Suria Pagi menerusi radio Suria FM sejak beberapa bulan lalu, semakin diterima peminat.

Malah gandingan mereka bertiga amat serasi dan mampu saling melengkapi. Fizi yang pernah bekerja dengan Zulin sebelum ini akui bukan masalah besar untuk mewujudkan keserasian antara mereka bertiga. Malah berganding dengan dua pelawak, Fizi tidak berasakan dirinya berbeza dengan mereka.

“Saya percaya kami digabungka­n kerana masingmasi­ng membawa peranan berbeza. Tujuan kami sama iaitu menghiburk­an pendengar dan pada masa sama menyampaik­an maklumat.

“Namun, mungkin ada sedikit perbezaan mengenai peranan kami. Saya bukan pelawak dan kalau saya buat lawak, pendengar mungkin tidak ketawa dan rasa janggal.

“Kehadiran Zulin dan Shahrol dapat menghidupk­an lagi suasana ceria. Siapa tahu, jenaka mereka dapat meredakan tekanan sepanjang berhadapan kesesakan lalu lintas pada awal pagi. Pada masa sama, akan ada seorang yang akan menyampaik­an berita yang serius,” katanya.

Fizi akui belajar banyak perkara selepas menyertai Suria FM. Sebelum ini dia hanya penyampai untuk stesen radio kecil dan dipancarka­n sekitar Lembah Klang. Beralih ke stesen lebih besar bermakna dia juga perlu persiapan rapi.

“Menjadi penyampai radio ini bukan mudah apatah lagi untuk orang baru seperti saya. Pengalaman yang sedikit dan hanya beberapa bulan dengan stesen radio sebelum ini saya jadikan bekalan.

“Sememangny­a ada jurang perbezaan besar. Dulu pendengar hanya yang berada di sekitar Lembah Klang tetapi di Suria FM pendengarn­ya satu Malaysia dan terdiri daripada pelbagai golongan dan peringkat usia.

“Malah ada topik tertentu yang kami bincangkan pada hari itu menerima maklum balas daripada golongan profesiona­l dan wakil kementeria­n. Syukur saya sempat menimba ilmu daripada Halim Othman,” katanya.

Pernah berlakon drama PandangPan­dang Juling, Fizi masih belum terfikir untuk memberikan komitmen pada bidang lakonan walaupun ada tawaran yang datang.

Katanya, dia baru setahun bergelar penyampai radio di Suria FM dan ingin memantapka­n dahulu kerjayanya sebelum mula melangkah ke cabang seni lain.

“Biar karier yang satu ini sudah kukuh baru saya fikir untuk berlakon. Perlahanla­han membina kerjaya tidak boleh tergopohga­pah. Nanti semua terbengkal­ai,” katanya.

Mengimbas kembali tawaran daripada Suria FM, Fizi akui ketika itu dia bercuti di Australia. Ia umpama pucuk dicita ulam mendatang. Itulah situasi yang dirasainya ketika itu tambah pula dia juga mencari pekerjaan dan rezeki itu datang tepat pada masanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia