Harian Metro

BERGAYA DI SAMPING TERSAYANG

-

tidak lagi.

Pada zaman millenium ini, kebanyakan pasangan selebriti lebih terbuka dan tidak terkongkon­g dengan konsep pasangan kekasih mahupun suami isteri harus tampil sedondon.

Suami yang sebenarnya bergelar selebriti dilihat lebih ‘budiman’ apabila lebih senang isteri yang menonjol dengan busana memukau mata berbanding mereka yang lebih selesa berketramp­ilan kemas.

Contohnya pelakon Hafidz Roshdi yang memilih untuk melengkapk­an penampilan dengan blazer warna tanah manakala isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, kelihatan begitu bergaya dengan persalinan gaun labuh meleret.

Penampilan isteri pengacara dan penyampai radio Era, Hanif iaitu

Wan Nor Katherina Wan Mohammad dengan persalinan gaun biru lembayung membuatkan dia menjadi perhatian sewaktu menjayakan acara karpet merah bersama suami.

Lebih menarik apabila pelakon Ashraf Muslin hadir pada acara Anugerah Bintang Popular BH 3.0 bersama keduadua isterinya, Noor Dayana Lokman dan

Wan Sakinah Ahmad Saburi.

Kedua-dua isteri

Ashraf memilih untuk menggayaka­n baju kebaya moden, manakala aktor popular itu mengenakan persalinan suit dengan corak juga gaya lebih ranggi.

Begitupun, ada juga pasangan selebriti yang tampil dengan persalinan warna sedondon seperti Amar Baharin dan Amyra Rosli. Kebelakang­an ini mereka ini gemar memilih persalinan hitam untuk digayakan dalam acara karpet merah.

Penyanyi yang bakatnya dicungkil menerusi program Akademi Fantasia,

Khai dan Rosma antara pasangan yang gemar tampil sedondon. Warna kuning diraja dengan fabrik ala songket menyerlahk­an lagi penampilan Rosma.

 ??  ?? ASHRAF bersama Dayana dan Sakinah.
ASHRAF bersama Dayana dan Sakinah.
 ??  ?? HANIF dan Wan Nor Katherina.
HANIF dan Wan Nor Katherina.
 ??  ?? HAFIDZ Roshdi dan Nurul Shuhada.
HAFIDZ Roshdi dan Nurul Shuhada.
 ??  ?? AMAR dan Amyra.
AMAR dan Amyra.
 ??  ?? KHAI dan Rosma
KHAI dan Rosma

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia