Harian Metro

Dapat tawaran Bollywood

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Tajul, Wany dijangka terbang ke India jayakan rakaman lagu duet untuk filem Hindi

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Begitulah mengenai pasangan duet lagu Di Sana Cinta Di Sini Rindu, Tajul Ariff, 19 dan Wany Hasrita, 25.

Mereka akan terbang ke India bagi menjayakan sesi rakaman lagu duet berbahasa Hindi sebagai lagu OST (runut) untuk satu filem Bollywood, hujung tahun ini.

Mereka dilamar syarikat produksi berpangkal­an di India menerusi syarikat rakamannya, FMC Music dan meluahkan minat mereka terhadap pasangan duet itu.

Kata Tajul, syarikat rakamannya dan produksi itu kini dalam peringkat perbincang­an mengenai tawaran itu.

“Mereka menawarkan peluang kepada kami menyanyika­n lagu Hindi. Rakaman dilakukan di

India dan segala kos ke sana ditanggung sepenuhnya oleh syarikat produksi itu.

“Jika tiada aral, filem yang akan menampilka­n barisan pelakon Bollywood popular itu akan ditayangka­n tahun depan,” katanya.

Penyanyi popular melalui lagu Sedalam Dalam Rindu itu gembira dengan tawaran berkenaan dan melihat ia perkembang­an yang baik kerjayanya.

Tajul atau Tajul Arif Noor Md Shari berkata, tawaran itu mungkin disebabkan lagu duet mereka dalam Youtube mencatat tontonan tertinggi.

Setakat ini video muzik lagu Di Sana Cinta, Di Sini Rindu berjaya meraih jumlah tontonan melebihi 15 juta sejak mula dimuat naik ke Youtube pada Mac lalu.

Walaupun berita gembira itu kejayaan peribadi buat Tajul dan Wany, Tajul tetap akan mempertimb­angkan tawaran itu susulan faktor jarak dan jadual seni yang agak padat.

Anak bongsu daripada 10 beradik itu akui agak penat dan jelas kelihatan pada wajahnya. Sejak bergelar anak seni sejak hujung tahun lalu, Tajul yang juga adik Allahyarha­m Achik Spin sibuk memenuhi undangan menyanyi dan juga promosi lagunya.

Selain menyanyi, Tajul juga ditawarkan berlakon filem, Enjin No. 9 arahan

Raja Azmi. Ini filem sulung lakonannya dan juga filem sulung arahan Raja Azmi yang sebelum ini dikenali sebagai produser.

“Memang agak penat. Saya sibuk sejak beberapa bulan lalu sehingga September ini. Habis saja penggambar­an filem Enjin No.9, saya terus ke Singapura untuk Anugerah Planet Muzik (APM).

“Sekembali dari sana, saya masuk set penggambar­an video muzik single terbaru, Melamar Rindu, selepas itu terus ke Johor selama seminggu,” katanya.

Kedengaran lelah dengan jadual padat, Tajul akui dirinya seolah-olah tiada rumah sendiri kerana perlu berkelana hampir setiap hari demi kerjaya seni.

Pun begitu, Tajul menolak dakwaan rintihan itu sebagai tanda penyesalan memilih kerjaya seni.

Katanya, takdir sudah menentukan kerjaya itu menjadi ruang lingkupnya sehari-hari dan dia perlu bersyukur. Andai tiada kerjaya itu, apa lagi yang boleh dilakukann­ya.

“Satu demi satu rezeki dikurniaka­n buat saya. Tempoh hari tawaran berlakon, kemudian tercalon di APM dan kemudian tawaran lagu duet Hindi pula. Ini semua rezeki yang sangat saya hargai.

“Saya tidaklah sampai tahap mengeluh, cuma tiada masa untuk berehat. Ada kala saya terfikir juga perlu masa sehari dua untuk berehat,” katanya.

Biarpun penat, usaha penyanyi kelahiran Felda Sendayan, Seremban ini boleh dianggap berbaloi. Terbaru, single Melamar Rindu berjaya mendapat tontonan lebih dua juta sejak dimuat naik ke Youtube pertengaha­n bulan lalu.

Walaupun belum mampu memecah rekod lagu duet sebelum ini, Tajul tetap bersyukur kerana berjaya mencatat dua juta tontonan dalam tempoh seminggu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia