Harian Metro

Keindahan Zalikha

-

kini, Achoi sebagai ketua kumpulan berkata, hanya ucapan terima kasih dan perasaan gembira mampu diluahkan kepada peminat yang menyokong.

“Kami bermain muzik kerana minat dan jauh di lubuk hati memang mengharapk­an karya lagu dipersemba­hkan Floor 88 diterima peminat.

“Apatah lagi tidak mudah untuk kami mendapat peluang sekali gus meraih keyakinan peminat untuk menerima lagu dihasilkan.

“Apapun, Floor 88 berterima kasih kepada pemuzik dan komposer berkaliber, Harry Khalifah yang banyak membantu kami,” katanya.

Menurut Achoi, memandangk­an sekarang banyak kumpulan muzik baru semestinya Floor 88 muncul dengan imej muzik tersendiri.

Justeru, mengambil kira pandangan daripada pemuzik berpengala­man seperti Harry, susunan muzik lagu Zalikha disuntik dengan elemen tradisiona­l.

“Bagi mewarnai keindahan melodi lagu Zalikha, kami gabungkan elemen muzik tradisiona­l seperti gamelan, gambus dan seruling.

“Tidak sangka gabungan elemen muzik moden dan tradisiona­l ini menjadi dan lagu Zalikha berjaya mendapat tempat di hati peminat,” katanya.

Achoi berkata sambutan baik yang diterima itu membuatkan Floor 88 kini giat melakukan promosi dan publisiti untuk lagu Zalikha.

Mengenai perancanga­n single kedua, Achoi berkata ia ada difikirkan tetapi tumpuan kini masih difokuskan pada lagu Zhalika.

Menurutnya, Floor 88 juga tidak mahu terburubur­u apatah lagi buat masa sekarang didapati populariti lagu Zalikha masih melonjak.

“Pencapaian lagu ini dalam carta lagu di stesen radio juga dilihat memberangs­angkan. Jadi, biarlah kami fokus satu demi satu.

“Apa yang penting bagi Floor 88 ialah mengukuhka­n tapak kami dalam industri muzik tanah air,” katanya.

Bagi Ayie pula, Floor 88 masih baru membina nama dan mengorak langkah dalam persaingan muzik arus perdana.

“Banyak pengalaman yang perlu kami terokai dan timba untuk memperoleh kepuasan dalam perjuangan muzik ini.

“Apatah lagi kami memiliki impian besar untuk berusaha menempa nama hingga ke peringkat antarabang­sa. Kami

 ??  ?? FLOOR 88 kini mencipta populariti dengan lagu Zalikha.
FLOOR 88 kini mencipta populariti dengan lagu Zalikha.
 ??  ?? FALIQUE
FALIQUE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia