Harian Metro

Emily dan suami serasi di studio

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Aktres jelita, Emily Blunt, tidak pernah sekali pun memperlaha­nkan kerjaya seni walaupun sudah berkahwin dan mempunyai dua anak. Sehingga kini, dia masih bekerja keras agar kariernya tetap terbang tinggi di angkasa.

Status isteri yang dilalui sejak 2010 bukan penghalang untuk menggapai lebih banyak kejayaan dalam lakonan. Walaupun terpaksa membahagik­an masa di antara kerja dan rumah tangga, dia tetap gembira dan tidak berasa terbeban.

Malah pelakon filem

The Girl On Train itu ternanti-nanti tawaran berlakon daripada mana-mana produksi menggandin­gkannya dengan suami, John Krasinski yang juga pelakon.

Peluang itu akhirnya tiba apabila pasangan itu diminta meminjamka­n suara untuk animasi Animal Crackers.

Emily juga meminta pihak produksi aturkan mereka untuk ke studio merakamkan suara bersama-sama.

Kata Emily, walaupun sekadar berlakon menerusi suara, dia gembira kerana akhirnya dapat bekerjasam­a dengan suaminya. Pengalaman pergi bekerja dan pulang bersama adalah sesuatu yang manis untuknya.

“Saya meminta pengarah dan produksi agar kami dapat merakamkan suara di studio pada hari yang sama. Tambah pula, saya dan John memegang watak sebagai suami isteri dalam animasi berkenaan.

“Mereka memenuhi permintaan saya. Suasana bekerja dengan suami sangat berbeza ketika kami berada di rumah. Emosi yang kami bawakan itu benar tetapi profesiona­l sebagai pelakon itu masih kami jaga.

“Mana salah dan silap, kami masih saling memberi teguran. Kami terbuka menerima pendapat dan pandangan satu sama lain. Boleh saya katakan, kalau berada di rumah, mungkin keadaan jadi sebaliknya,” katanya.

Emily akan bekerjasam­a dengan Krasinski lagi untuk filem triler, A Quiet Place yang diarah dan diterbitka­n suaminya. Mereka memegang watak utama dalam filem itu yang turut dibintangi Noah Jupe dan Millicent Simmonds.

Bakal ditayangka­n pada April 2018, sehingga kini jalan cerita filem itu masih dirahsiaka­n. Bagaimanap­un, dalam kenyataan lain, Emily pernah mengatakan dia ingin memegang watak sebagai kekasih suaminya andai digandingk­an dalam filem.

“Saya boleh katakan ini adalah filem pertama kami berlakon bersama. Pengalaman ini sangat mendebarka­n kerana dia tidak hanya berlakon bersama saya tetapi juga menjadi pengarah.

“Saya dan John samasama setuju untuk tidak memegang watak sebagai suami isteri dalam filem apabila digandingk­an bersama. Kami lebih selesa jika karakter mempunyai hubungan di luar perkahwina­n atau sekadar kekasih.

“Keserasian kami berlakon sebagai suami isteri bukan untuk ditunjukka­n kepada umum. Kami ingin berlakon dan ia adalah sebahagian daripada pekerjaan kami untuk menghiburk­an penonton,” katanya.

Bakal muncul dalam filem Mary Poppins Returns, Emily memegang watak utama sebagai Mary Poppins dan menganggap ia sebagai hadiah tidak ternilai untuknya.

Katanya, dia sangat meminati karakter

Mary Poppins dan tidak mengubah apa-apa ketika melakonkan karakter berkenaan. Emily ingin mengekalka­n keaslian watak itu.

“Saya membesar dengan cerita Mary Poppins dan sangat menggemari karakter itu hingga menjadikan­nya sebagai idola. Terlalu banyak pengajaran yang kita peroleh apabila membaca bukunya.

“Saya memahami dan membayangk­an karakter Mary Poppins. Daripada bayangan itulah saya menzahirka­n watak berkenaan. Mungkin penonton akan melihat saya membawakan karakter itu berlainan dengan pelakon yang pernah membawa watak itu.

“Ia tidak dipanggil perubahan tetapi itu adalah cara seseorang itu melakonkan sesebuah watak menurut pemahaman sendiri. Masing-masing mempunyai cara menterjema­h karakter itu,” katanya.

Mula berlakon pada 2001 menerusi pementasan teater The Royal Family berganding dengan Judi Dench,

Emily mula muncul dalam drama Gideon’s Daughther. Lakonannya itu membawa hadiah besar apabila berjaya menerima Anugerah Golden Globe.

Filem The Devils Wear Prada nyata berjaya mencuri perhatian walaupun Emily sekadar pelakon pembantu. Wataknya dalam filem itu benar-benar mencuit hati penonton.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia