Harian Metro

Muay Thai lima kali seminggu

-

sihat itu mudah saja. Cuma sebagai manusia kita selalu mengikut kata hati.

“Hendak kurus dengan cara mudah dan cepat tanpa memikirkan impak yang akan dialami badan sendiri. Dengan pengalaman yang saya pernah lalui, cukup memberikan banyak pengajaran dan iktibar,” katanya.

Apapun, Dafi berkata, kini dia turut meluangkan masa mengikut kelas latihan sukan Muay Thai.

“Boleh dikatakan dalam seminggu, saya akan meluangkan masa lima kali untuk menghadiri kelas Muay Thai.

Baru empat bulan menyertai kelas latihan ini, saya jadi lebih seronok kerana banyak benda yang dipelajari,” katanya.

Menurut pelakon drama Dia Semanis Honey itu, kini dia yakin berada pada trek yang betul dalam usaha menjaga kesihatan.

Mengenai rawatan muka, Dafi berkata dia seorang yang ringkas dan hanya amalkan mencuci muka.

“Saya memang tidak meluangkan masa berkunjung ke spa kecantikan dan cukup sekadar mencuci muka sebelum tidur.

“Malah kalau tidak terbabit dengan aktiviti penggambar­an saya pastikan muka bebas daripada solekan,” katanya.

Apapun, Dafi berkata, sebagai selebriti dia sangat mengutamak­an gaya dan penampilan diri untuk sentiasa tampil kemas.

“Fesyen sememangny­a saya ikut perkembang­an semasa. Apatah lagi saya juga suka mencuba fesyen baru. Bagi saya, asalkan fesyen digayakan itu sesuai dan saya berasa selesa, tak kesahlah apa orang hendak cakap, saya terima,” katanya.

Menurut Dafi, fesyen adalah perkara yang sinonim dengan selebriti dan dia sentiasa peka dengan perkembang­an semasa.

Dafi juga bersyukur sudah sedekad dapat bertahan dalam industri hiburan tanah air. Katanya, biarpun ada juga cakap-cakap belakang yang mendakwa dia mampu bertahan kerana pengaruh bapanya, dia terima dengan hati terbuka.

“Pada saya, apa yang orang hendak kata biarkan saja. Apa yang penting, saya tahu selama ini banyak usaha dilakukan.

“Saya pun tak peduli dengan tanggapan orang.

Ini kerana, saya seorang yang berdikari dan sentiasa mencari peluang,” katanya.

Dafi kini sibuk mempromosi­kan single terbarunya, Girl hasil ciptaan tiga komposer iaitu Hael Husaini, Omar K dan Ezra Kong.

Lirik video lagu itu di laman YouTube juga mencecah lebih sejuta tontonan sejak dimuat naik tujuh bulan lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia