Harian Metro

Bapa, abang tempat berlindung

-

Assalamual­aikum semua, salam satu Malaysia! Wah, masih bersemanga­t patriotik walaupun sudah seminggu sambutan kemerdekaa­n berlangsun­g.

Macam mana dengan sambutan Hari Kebangsaan anda semua? Adik harap masih terus membara semangat patriotik dalam jiwa.

Apapun, adik rasa mesti ada antara anda yang mengambil kesempatan cuti panjang baru-baru ini untuk pergi melancong atau pulang ke kampung. Maklumlah, cuti merdeka pada tahun ini berturut-turut pula dengan Aidiladha.

Adik pula cuma sempat menatap dalam platform media sosial kawan-kawan yang begitu meriah dengan aneka gambar percutian.

Sibuk bekerja, itulah jadual utama adik. Terus terang, sekarang adik memang sibuk dengan aktiviti penggambar­an. Sedih, ‘kan?

Bercakap mengenai kampung halaman, ingatan kita pasti membayangk­an suasana desa, lengkap dengan kehadiran ayah bonda, atuk dan nenek.

Cuma, kadangkala ingatan yang sepatutnya membawa keceriaan itu hilang secara tiba-tiba apabila kita mendengar mengenai isu ‘haruan makan anak’ yang banyak menjadi tajuk berita barubaru ini.

Ketika adik membaca berita mengenai isu semasa, adik terlihat berita yang amat memeranjat­kan berkaitan seorang gadis berumur 19 tahun yang mendakwa diperkosa bapa kandungnya.

Bukan saja bapa, malah datuk dan dua bapa saudaranya juga melakukan perbuatan keji itu terhadap dirinya sejak berusia 13 tahun lagi!

Mangsa juga dilaporkan mengandung dan kini dirujuk ke hospital. Lebih menyedihka­n adik mangsa yang berumur 14 tahun turut menerima nasib sama sejak berusia sembilan tahun. Menggigil juga kaki adik ini dibuatnya apabila membaca berita kejam dan tidak masuk akal seperti itu.

Masih adik ingat lagi kes seorang datuk, bapa dan tiga sepupu yang dihadapkan dengan 22 tuduhan memperkosa kanak-kanak berusia 12 tahun sekitar Julai lalu.

Tergamak betul mereka, memperlaku­kan darah daging sendiri sekejam itu yang sepatutnya dilindungi. Sanggup mereka meragut kesucian mangsa yang tidak berdaya tanpa menaruh sedikit perasaan belas serta kasihan.

Cerita sebegini tidak sepatutnya berlaku di negara kita. Geleng kepala adik membayangk­an perasaan kanak-kanak berkenaan yang terpaksa melalui masa kecil yang gelap.

Pasti diri mereka trauma untuk melalui rutin harian dan semestinya juga rasa percaya terhadap ahli keluarga sendiri sudah berkuranga­n.

Adakah nilai murni dalam kalangan umat manusia khususnya yang beragama Islam semakin menghilang? Tidak adakah rasa sayang dan kasih terhadap anak atau darah daging sendiri sehingga sanggup membiarkan nafsu menguasai diri?

Adik sendiri tertanyata­nya, apakah masalah yang mereka hadapi hingga sanggup melakukan perkara keji sedemikian?

Ada juga yang berkata, kesalahan salah laku seks barangkali bermula daripada pengaruh rakan sebaya atau memiliki bahan lucah.

Sebaliknya bagi adik, segala-galanya bermula daripada diri sendiri. Masyarakat, guru-guru dan ibu bapa khususnya perlu memainkan peranan meletakkan batas pergaulan yang sesuai terhadap anakanak.

Wujudkan dinding pemisah antara anak perempuan dan lelaki termasuk dengan penjaga, bapa atau ibu mengikut jantina masing-masing.

Perkara sebegini bukan khusus untuk golongan lelaki sahaja, juga perempuan. Jika anak sudah bersekolah, galakkan mereka bersiap seperti mandi sendirian.

Selain dapat mengajar dalam batas jantina, kita dapat menerapkan budaya berdikari. Tidak bermakna merenggang­kan hubungan kekeluarga­an tetapi lebih kepada mendidik mengenai batas pergaulan mengikut ketetapan dan wujudnya rasa malu.

Bagi golongan perempuan pula, mestilah berpakaian tidak menjolok mata. Termasuk cara kita bercakap dan bersentuha­n dengan ahli keluarga yang berlainan jantina juga harus dijaga.

Walaupun ada yang mengatakan usia masih kecil tidak memberi kesan terhadap pemikiran, acuan yang diletakkan sepanjang proses membesar itu memberi impak pada kemudian hari.

Pada pandangan adik, nilai kasih sayang, menghormat­i dan menghargai darah daging sendiri perlu dipupuk sebaik-baiknya supaya perkara yang tidak diingini dapat dielak.

Kita sebagai rakyat Malaysia pasti sudah letih melihat tajuk berita yang menyayat hati membabitka­n kes sumbang mahram atau sebarang kes perkosaan atau salah laku seksual.

Justeru, jaga diri dan cuba matangkan fikiran dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah.

Allah SWT memberi kita akal untuk berfikir dan membuat keputusan yang waras, bukan meletakkan nafsu sebagai keutamaan tanpa memikirkan impak dan kesannya pada masa depan.

Jika kita mampu berfikir dan membezakan perkara baik dan buruk, insyaAllah, adik yakin dan percaya perkara sebegini dapat dielak.

#GunaAkal

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia