Harian Metro

Karaoke asah vokal

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Nazrief menyanyi sejak di bangku sekolah jadi aktiviti keluarga

Ada pepatah Inggeris mengatakan ‘Practice makes perfect’ yang bermaksud melakukan sesuatu itu berulang kali adalah satusatuny­a cara untuk menjadi lebih baik.

Dalam erti kata lain, berlatih dan terus berlatih sehingga mahir mampu menjadikan sesuatu perkara itu sempurna.

Hal ini dapat dikaitkan dengan pelakon yang kini bergelar penyanyi, Nazrief Nazri, 26, melalui segmen Relaks minggu ini.

Mula menceburi bidang lakonan dengan membintang­i telefilem Anak Ikan arahan Rashid Sibir pada 2012, Nazrief kini baru muncul dengan single Cinta Semalam.

Untuk kerjaya barunya itu, anak muda asal Seremban, Negeri Sembilan itu melihat aktiviti berkaraoke bukan sekadar untuk mengisi masa lapangnya tetapi juga latihan santai bagi memantapka­n lagi vokalnya.

Mengakui minat menyanyi sejak di bangku sekolah lagi, Nazrief juga akui menyanyi juga menjadi salah satu aktiviti yang diminati dan lakukan bersama keluarga.

“Dulu ayah sering menyanyi di acara-acara tertentu seperti di tempat kerjanya dan dari situ timbul minat untuk saya menyanyi.

“Malah menyanyi juga sudah menjadi salah satu aktiviti kami seisi keluarga hingga kini. Kini apabila memilih untuk merakamkan lagu, saya jadikan pusat karaoke sebagai tempat mengasah vokal,” katanya.

Kata Nazrief, dia sering melakukan aktiviti menyanyi di pusat karaoke bersama teman rapat bukan selebriti. Mereka adalah teman ketika zaman persekolah­an dan ketika menuntut di universiti suatu ketika dulu.

“Memang saya tidak mempunyai teman rapat dalam kalangan selebriti kerana sedar masing-masing sibuk dengan kerja masingmasi­ng. Sejak dulu sampai kini, merekalah kawan-

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia