Harian Metro

Dayang elak puas hati

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Tekad terus perbaiki diri

dan kerjaya meskipun sudah terima anugerah

Selepas kejayaan kali ketiga berturut-turut untuk Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) awal tahun ini, rezeki penyanyi Dayang Nurfaizah Awang Dowty terus mencurah-curah.

Kejayaan demi kejayaan dicapai termasukla­h baru-baru ini, namanya dicalonkan dalam empat kategori utama untuk anugerah industri muzik serantau, Anugerah

Planet Muzik yang bakal berlangsun­g pada 14

Oktober 2017 di MES Theatre Mediacorp, Singapura.

Terbaru, Dayang dipilih sebagai penerima trofi The BrandLaure­ate Grand Master Brand ICON Leadership Award berikutan pencapaian cemerlang dalam industri muzik tempatan. Turut menerima anugerah berkenaan penerbit dan komposer, Datuk Wah Idris, pemain biola, Dr Joanne Yoeh, juara 100 meter

Sukan SEA 2017, Khairul Hafiz Jantan, atlet terjun negara, Cheong Jun Hoong dan pemain boling negara, Shalin Zulkifli.

Ternyata Dayang terharu apabila pembabitan­nya dalam industri seni tempatan mula menampakka­n impak dan bakatnya dihargai.

Kata Dayang, penghargaa­n itu menjadi bukti apa juga yang berlaku seseorang itu jangan berputus asa terutama sekiranya ia membabitka­n perkara yang mereka cintai.

“Percayalah, perjalanan seni saya tidak seindah seperti dilihat umum sekarang.

Banyak kali merasai jatuh dan bangun dalam membina kerjaya sebagai penyanyi.

“Kalau hendak diimbas kembali halangan dan dugaan pernah saya tempuh, memang boleh membuatkan seseorang itu cepat putus asa dan memilih melakukan perkara lain.

“Bagaimanap­un, bagi saya, inilah bidang yang sangat saya suka. Susah macam mana pun, saya percaya pasti ada jalan untuk saya terus berjaya dalam bidang yang saya cintai ini.

“Saya selalu percaya pada usaha kerana Allah Maha Adil. Kalau kita sudah mencuba sehabis baik, pasti ia digalangka­n dengan rezeki,” katanya.

Tersenarai antara yang terbaik memenangi beberapa anugerah dan pengiktira­fan tidak bermakna Dayang boleh mendabik dada.

Katanya, selagi kita bergelar manusia, ilmu itu tidak akan habis.

“Diletakkan sebagai yang terbaik tidak bermakna kita sudah boleh berpuas hati kerana hidup sentiasa berubah, begitu juga dengan industri muzik. Ada saja benda baru yang muncul.

“Untuk memastikan kerjaya seni terus relevan dengan arus perdana, saya harus terus belajar dan

 ??  ?? Bagi saya, inilah bidang yang sangat saya suka. Susah macam mana pun, saya percaya pasti ada jalan
Bagi saya, inilah bidang yang sangat saya suka. Susah macam mana pun, saya percaya pasti ada jalan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia