Harian Metro

Berjaya adun elemen seram, kejutan

-

FILEM: IT

ARAHAN: Andy Muschietti PELAKON: Bill Skarsgard, Jaeden Lieberher, Finn Wolfhard, Jack Dylan Grazer, Wyatt Oleff GENRE: Seram TAYANGAN: 7 September 2017

ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

Adaptasi terbaru IT ini mempunyai pendekatan ala Steven Spielberg pada sebahagian pembikinan­nya.

Semua pelakon kanakkanak dalam IT berjaya memberi persembaha­n terbaik melalui kekuatan dan kelemahan karakter masing-masing.

Interaksi sesama karakter dan hubungan yang dijalinkan diurus dengan mudah dan boleh dikatakan antara bahagian paling menarik dalam filem ini.

Pun begitu, filem yang diadaptasi daripada karya Stephen King ini sedikit kurang dari segi cara mereka berhubung dengan watak-watak dewasa.

Jika dibezakan dengan Strangers Things yang mempunyai elemen hampir serupa, ia turut mempunyai evolusi sama dengan karya awal King dan Spielberg.

Selain itu, babak berkaitan buli turut memaparkan sisi sebenar yang berlaku dan sering dipaparkan media hari ini.

Beberapa babak kejutan seolah-oleh filem ini membangkit­kan kembali elemen kisah seram di sekolah. Ditambah pula dengan runut bunyi dan lagu yang serasi, ia membuatkan penonton lebih merasai keseraman yang wujud.

Pengarah boleh dianggap berjaya membentuk pengalaman menakutkan

dengan mengadunka­n elemen seram dan mengejutka­n. Tapi perkara terbaik ialah menghasilk­an filem yang mempunyai ‘hati’.

Ia adalah filem yang mengambil kira soal karakter dan memberi masa kepada penonton untuk turut menikmatin­ya.

IT mengisahka­n perkara yang terjadi di satu pekan kecil di Derry, Maine pada musim panas 1989. Kanakkanak hilang tanpa jejak membuatkan penduduk di situ mulai takut kehilangan anak masing-masing.

Antara menjadi mangsa ialah Georgie (Jackson Robert Scott). Abang Georgie, Bill (Jaden Leiberher) percaya adiknya masih hidup.

Bill dan rakannya sahaja yang kelihatan ambil kisah dengan situasi yang berlaku di pekan mereka.

Walaupun filem ini mengeksplo­itasi kanakkanak untuk berdepan dengan situasi seram, IT jujurnya bukan pilihan terbaik buat tontonan seisi keluarga.

Tapi satu perkara yang bermain di fikiran, adakah selepas menonton filem ini membuatkan masyarakat lebih takut pada badut lalu membuatkan kerjaya badut hilang tarikan? Tepuk dada tanya selera!

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia