Harian Metro

Erti Persahabat­an Dalam Coklat

-

Drama bersiri Coklat arahan Bade Hj Azmi memaparkan ciri hubungan persahabat­an yang ikhlas menerusi watak tiga kanak-kanak.

Menampilka­n pelakon kanak-kanak, Nur Qistina Raisah, Muhammad Danish Razriq dan Hawa Khadeejah serta dimantapka­n lagi dengan kehadiran Tunku Hanis, Remy Ishak, Fathia Latif dan Fezrul Khan, Coklat bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10.30 malam di TV1 bermula esok.

Menerusi 13 episod karya terbitan Rumah Karya Citra ini membawa penonton mengikuti kisah yang berlaku dalam masyarakat kita menerusi watak Mira bersama anaknya, Maya; Yamin dan Iyad serta Munir dan Hamra.

Mira menjanda hampir enam tahun selepas suaminya meninggal dunia dalam kemalangan ketika mengandung­kan Maya. Mira belajar membuat coklat dan mengambil tempahan sebagai mata pencarian.

Yamin pula berkerja sebagai guru. Isterinya meninggalk­annya kerana mengikut bekas kekasih. Sejak itu dia tidak lagi percayakan perempuan. Anaknya, Iyad sangat nakal. Dia langsung tak pernah takutkan sesiapa kecuali ayahnya. Iyad selalu membuat hal sama ada di sekolah atau dengan jiran di rumah.

Munir dan Hamra pula berkahwin atas dasar cinta tetapi tidak mendapat restu keluarga Hamra kerana Munir hanya pemandu lori.

Munir dan Hamra baru pindah di kawasan perumahan tempat Yamin dan Mira. Mereka semua berjiran tetapi Munir tidak suka bergaul.

Anak mereka, Dalila pula kesunyian apabila baru berpindah ke situ. Maya dan Iyad selalu menemaniny­a sehingga mereka menjadi kawan baik.

Coklat buatan Mira popular dalamkalan­gankanak-kanak di kawasan itu dan mereka selalu bermain berdekatan rumah Mira dengan harapan dapat coklat daripada Mira.

Maya dan Iyad berkawan baik. Walaupun selalu bergaduh tapi mereka rapat. Maya selalu pertahanka­n Iyad apabila Iyad dibuli Castello.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia