Harian Metro

SEAN JINDACHOT

Kisah suka duka dalam auto biografi untuk peminat

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Aktor Sean Jindachot, 29, mula mendapat perhatian apabila berlakon dalam siri televisyen Gling Wai Gon Por Sorn Wai. Perlahanla­han dia mula membina kerjaya.

Pada 2015, lakonannya dalam Leh Ratee melonjakka­n namanya lebih tinggi. Bukan hanya populariti, laman sosial Sean turut menjadi tumpuan peminat.

Selepas drama itu disiarkan, Sean mula mendapat jolokan ‘the national husband’ atau ‘public husband’. Situasi itu agak baru buat pelakon itu tetapi dia cuba membiasaka­n diri.

Katanya, dia malu apabila dikenali dengan jolokan itu tetapi dalam pada itu, dia berterima kasih kepada peminat yang memberi sokongan dan menyukai wataknya dalam Leh Ratree.

“Saya harus membiasaka­n diri dengan jolokan itu. Sekarang ibu saya pun digelar sebagai ‘the national mother-inlaw’. Saya segan apabila nama itu digunakan secara meluas.

“Tetapi saya faham peminat memberikan gelaran itu kerana mereka sayang dan menghargai bakat saya. Itu tandanya lakonan saya dalam Leh Ratee berjaya menambat hati mereka.

“Tidak ada yang menggembir­akan selain daripada kehadiran saya dalam industri diterima umum,” katanya.

Pelakon kacak itu bukan hanya berbakat di pentas lakonan, jemarinya juga boleh menulis dengan baik. Dia tidak hanya beraksi di hadapan kamera tetapi juga muncul dengan buku tulisannya sendiri.

Pada 2014, dia kali pertama muncul dengan buku autobiogra­fi

The Present Perfect. Walaupun bukanlah karya berunsurka­n motivasi, dia yakin kisah yang diketengah­kan itu mampu menaikkan semangat pembaca.

Jelas pelakon itu, semuanya bermula apabila dia sering berkongsi gambar dalam laman sosial dengan menulis ungkapan bermadah. Ia menarik perhatian penerbit buku dan mencadangk­an agar tulisan itu dihimpunka­n menjadi buku.

“Saya sering memuat naik gambar aktiviti harian dengan ungkapan yang memotivasi­kan saya dan pengikut laman sosial. Saya tidak sangka ia menarik perhatian penerbit buku.

“Apabila mereka berminat menerbitka­nnya, saya lihat ia sebagai perkara baik dan saya mula menulis. Ia adalah kisah hidup saya ketika jatuh dan bangun.

“Ia bukanlah buku motivasi tetapi saya berharap segala kisah suka duka yang saya kongsikan itu sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada pembaca,” katanya.

Pengalaman pertama menulis buku tidak terhenti di situ saja. Dia akan terus menulis dan memuatkan apa saja perkara membabitka­n dirinya. Bagaimanap­un, dia ingin menjaga isi kandungan buku itu agar berbaloi untuk membeli naskhah itu.

Katanya, menulis buku haruslah sesuai dengan semua peringkat umur dan mempunyai tujuan positif, tidak hanya mengaut keuntungan tetapi tidak memberikan apa-apa manfaat.

Meminati buku-buku ilmiah, Sean mungkin tidak menulis bahan bacaan seperti itu tetapi dia juga enggan buku tulisannya disimpan hanya sekadar cenderamat­a.

“Saya harus menjaga kualiti buku-buku yang saya hasilkan. Semuanya harus teliti daripada kulit buku sehinggala­h pengisian. Paling penting adalah isi kandungan.

“Saya perlu tahu isu yang mahu dihuraikan dan cara penyampaia­nnya mesti menarik dan mudah difahami. Ia bukan kerja mudah apatah lagi saya juga sibuk dengan penggambar­an. Namun, kedua-duanya saya suka lakukan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia