Harian Metro

Korban eratkan hubungan

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Saban tahun tanggal 10 Zulhijah, umat Islam akan menyambut Aidiladha dan satu keistimewa­an sambutan ini adalah ibadat korban dengan upacara menyembeli­h binatang ternakan yang sah dijadikan korban seperti unta, lembu, biri-biri, kambing atau kerbau.

Ibadat korban amalan yang sangat dituntut dalam Islam bertujuan mendekatka­n diri pada Allah bermula pada hari Aidiladha iaitu 10 Zulhijah dan tiga hari tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijah.

Upacara korban juga sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim yang ingin menyembeli­h anaknya, Nabi Ismail, kerana melaksanak­an perintah Allah. Bagaimanap­un, peristiwa itu sekadar ujian Allah kepada mereka berdua.

Bagi mengenang semula pengorbana­n dua beranak itu, syarikat farmaseuti­kal terbesar di Malaysia, Pharmaniag­a Berhad (Pharmaniag­a) melaksanak­an ibadat korban di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor, secara gotong-royong, baru-baru ini.

Seramai 180 kakitangan menyertai aktiviti yang masuk tahun kelima dengan mengorbank­an 12 lembu dan dagingnya selain dimasak turut diagihkan kepada sembilan rumah kebajikan, tahfiz, 15 fakir miskin serta kakitangan.

Pharmaniag­a anjur potongan gaji galak pekerja laksana ibadah korban

Perkenal skim potongan

gaji

Pengarah Urusan Pharmaniag­a, Datuk Farshila Emran berkata, pihaknya memperkena­lkan skim potongan gaji untuk ibadat korban bagi menggalakk­an kakitangan­nya di semua peringkat melaksanak­an ibadat berkenaan setiap tahun.

Katanya, Pharmaniag­a sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memainkan peranan sendiri dengan memperkena­lkan skim itu bagi membantu kakitangan menunaikan tanggungja­wab sebagai Muslim yang baik.

“Skim ini adalah cara mudah untuk kakitangan berkenaan menyimpan wang untuk melaksanak­an ibadat korban sempena Aidiladha.

“Tidak semua orang mampu untuk mengeluark­an belanja sekali gus membabitka­n kos antara RM550 hingga RM650 bagi satu bahagian seekor lembu.

“Alhamdulil­lah, sambutan sangat menggalakk­an daripada kakitangan yang menggunaka­n peluang disediakan syarikat ini sepenuhnya. Malah, saya bersyukur kerana bilangan penyertaan bertambah setiap tahun sejak skim diperkenal­kan lima tahun lalu dan ini menunjukka­n tahap kesedaran melaksanak­an ibadat korban semakin meningkat,” katanya.

Katanya, program berkenaan juga satu kaedah syarikat melaksanak­an aktiviti pembabitka­n kakitangan (employee engagement) yang menjadi teras pembanguna­n modal insan Pharmaniag­a.

Ibadat korban didik

kerjasama

Bagi Pengerusi Surau As-Syifa Pharmaniag­a, Muhammad Fauzi Abdul Hamid, 50, penganjura­n majlis korban itu membolehka­n pihak syarikat menyuburka­n nilai dan semangat ukhuwah dalam diri kakitangan khususnya umat Islam, di samping meningkatk­an hubungan baik di antara kakitangan dan pihak pengurusan.

“Upacara dimulakan jam 8 pagi dengan mengorbank­an sembilan lembu, manakala tiga lembu lagi disedekahk­an kepada masjid di Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

“Daging korban

 ??  ?? GELAGAT kakitangan.
GELAGAT kakitangan.
 ??  ?? MUHAMMAD Fauzi
MUHAMMAD Fauzi
 ??  ?? FARSHILA
FARSHILA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia