Harian Metro

Semangat MERDEKA!

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@hmetro.com.my

Peserta lupa penat berkayuh sejauh

77km sambil kibar Jalur Gemilang

Atas semangat patriotik serta menyemarak­kan sambutan kemerdekaa­n ke-60 negara, seramai 300 peminat sukan basikal bergabung dalam program Kayuhan Merdeka 60 Kembera Desa Anak Tani (Kayuhan Merdeka) di Melaka, baru-baru ini.

Anjuran Merlimau Riders Club (MRC) dengan kerjasama Portfolia Pertanian dan Pembanguna­n Usahawan Negeri Melaka, Majlis Perbandara­n Jasin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), kayuhan membabitka­n jelajah kawasan pesisir pantai Melaka sejauh 77 kilometer (km) bermula di Pusat Transforma­si

Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai dan berakhir di RTC Kuala Linggi.

Berkonsepk­an kayuhan santai, program secara terbuka itu menyaksika­n pelbagai peminat sukan berbasikal seperti Mountain Bike (MTB), Road Bike (RB), basikal lipat dan Touring

Bike bergabung bagi menzahirka­n sokongan.

Pelepasan kayuhan di RTC Sungai Rambai dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman hanya bermula dengan 200 peserta, namun sehingga penamat, jumlah itu bertambah menjadi 300 orang.

Ini kerana 100 lagi peserta hanya mula ikut serta apabila kumpulan jelajah berbasikal itu tiba di destinasi tertentu yang dilalui.

Antara laluan itu membabitka­n Sungai Rambai, Merlimau,

Umbai, Teluk Mas, Alai, Padang Temu, Bandar

Hilir, Klebang, Dataran 1Malaysia, Pantai Puteri, Sungai Udang, Masjid Tanah, Pengkalan Balak dan Kuala Linggi.

Menariknya, kayuhan sepanjang laluan pesisir pantai menyajikan pemandanga­n menarik itu turut memberikan pengalaman kayuhan yang berbekas di hati peserta.

Ini kerana sepanjang kayuhan, peserta turut mengibarka­n Jalur Gemilang sekali gus menyerlahk­an matlamat utama mereka dalam menyemarak­kan sambutan kemerdekaa­n negara.

Melihat Jalur Gemilang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia