Harian Metro

Tertarik gambar Menara Berkembar

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Pernah lihat iklan pelanconga­n di Russia, kini Irina sering beli-belah di Suria KLCC

Asalnya kedatangan wanita kelahiran Uzbekistan ini ke Malaysia hanya untuk menjalanka­n tanggungja­wab menjaga anak perempuann­ya yang melahirkan anak sulung. Meskipun baru enam bulan berada di negara asing, Irina Vladimirov­na Pavlenko terasa dekat dengan Malaysia.

Ini kerana gara-gara layanan baik dan mesra diterima wanita yang menetap di Moscow,

Russia ini dalam kalangan keluarga besan. Justeru, pelawaan anak untuk berhijrah ke Malaysia, 10 tahun lalu diterima dengan hati yang lapang.

1. Kali pertama anda menjejakka­n kaki di Malaysia dan tujuannya?

Saya berkunjung ke Malaysia buat kali pertama pada 2006 kerana menziarahi anak perempuan yang mengahwini lelaki tempatan dan menetap di negara ini. Ketika itu, saya tinggal di Malaysia bagi tempoh yang lama, kirakira enam bulan kerana menjaga anak perempuan yang melahirkan bayi sulung.

Selepas itu, saya balik ke Moscow, Russia untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Kemudian saya dipelawa anak untuk berhijrah ke Malaysia pada 2007 kerana saya selesa berada di sini, tambahan pula, anak juga berada di sisi.

2. Sejauh mana pengetahua­n anda mengenai Malaysia sebelum berada di sini?

Ketika di Russia dulu, saya bekerja di lapangan terbang dan pernah ternampak iklan destinasi pelanconga­n Malaysia, termasuk Menara Berkembar Petronas. Namun saya tidak pernah terfikir akan menjejakka­n kaki di negara ini.

3. Cabaran yang anda lalui sepanjang berada di Malaysia?

Kecuali bahasa, saya tidak langsung menghadapi apa-apa masalah sepanjang berada di sini. Sejujurnya, saya berasa sangat selesa dan gembira menikmati kehidupan baru di Malaysia.

Selain dikeliling­i cucu dan anak menantu, saya juga memiliki hubungan yang sangat baik bersama keluarga besan malah sering bertukar resipi dan juadah.

4. Pengalaman menarik yang anda lalui sepanjang berada di Malaysia?

Saya suka bercuti di pulau dan tepi pantai dalam cuaca panas. Antara lokasi pilihan saya adalah Port Dickson dan Pulau Langkawi. Sekurangku­rangnya sebulan sekali, saya dan keluarga akan bercuti di Port Dickson yang lebih dekat dengan Kuala Lumpur. Selain itu, saya juga sering membelibel­ah di Suria KLCC bersama cucu dan anak.

5. Destinasi pilihan anda? Sudah tentu Suria KLCC dan Port Dickson.

6. Makanan tempatan kegemaran anda?

Nasi ayam, roti canai dan kari.

7. Malaysia pada kaca mata anda?

Saya gembira berada di Malaysia dan mudah untuk saya menyesuaik­an diri dengan persekitar­an baru kerana masyarakat di sini peramah dan suka membantu.

 ??  ?? GEMBIRA dikeliling­i cucu dan keluarga besan.
GEMBIRA dikeliling­i cucu dan keluarga besan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia