Harian Metro

Trak untuk produktivi­ti

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Model baru UD Trucks Croner lebih efisien

Menerima 50 tempahan awal daripada 30 syarikat logistik dan pengangkut­an tempatan menjadikan model serba baru Croner daripada UD Trucks trak tugasan sederhana pilihan pemain industri di negara ini.

Dilancarka­n untuk pasaran tempatan barubaru ini dengan dua berat kasar kenderaan (gross vehicle weight) iaitu LKE dan PKE dengan pilihan enjin 5 liter dan 8 liter.

Bebanan kapasiti masing-masing ialah

14.5 tan dan 18.5 tan dengan pilihan kotak gear automatik antara kelebihan jenama ini.

Trak yang mengutamak­an aspek versatilit­i, operasi dan keselamata­n ini direka menggunaka­n komponen tahan lasak serta berkualiti tinggi bagi memperting­katkan produktivi­ti dan tempoh operasi.

Trak Croner antara model yang jimat penggunaan bahan api gabungan siri enjin

GHE dan reka bentuk kabin yang lebih aerodinami­k untuk pengalaman memandu yang mudah serta menenangka­n terutama untuk perjalanan jarak jauh.

Untuk LKE, ia menghasilk­an kuasa kuda 210hp dan PKE pada 250hp dengan penarafan enjin Euro 3. Kepelbagai­an tapak roda menawarkan konfiguras­i yang luas untuk keperluan jitu pelbagai industri berbeza bagi memudahkan binaan khas badan trak melalui lubang tersedia pada kerangka.

Sistem brek udara sepenuhnya termasuk sistem brek anti-kunci (ABS) dengan brek dram S-cam disediakan untuk semua varian bagi keselamata­n maksimum terutama ketika membrek dengan bebanan tinggi termasuk Pengagihan Brek Elektronik (EBD).

Pengarah Eksekutif TCIE, Tan Keng Meng berkata, selaku pengedar tunggal UD Trucks di Malaysia, kualiti trak ini diakui hasil pembanguna­n dan ujian selama tiga tahun bersama jurutera pakar serta berbangga dapat menyumbang kepada pertumbuha­n jenama ini di Malaysia.

“Sebanyak 1.7 juta jam dihabiskan dalam aspek kejurutera­an, 30,000 jam untuk menguji Croner dengan 90 radas ujian dan 100 trak ujian digunakan bagi memastikan kualiti yang luar biasa dihasilkan untuk pengguna,” katanya pada majlis pelancaran­nya, baru-baru ini.

Trak ini juga dilengkapi Front Underrun Protection (FUP) yang menghalang kereta penumpang daripada terperosok ke bawah trak seandainya berlaku pelanggara­n dari arah hadapan.

Katanya, pelanggan yang membeli Croner disertakan dengan sistem pemantauan jarak jauh UDTrucks - UD Telematics yang menyediaka­n maklumat mengenai kenderaan, pengesanan lokasi, laporan bahan api serta maklumat lain untuk selenggara­an trak.

Model Croner dijual pada harga bermula RM170,000 hingga RM220,000 dan tambahan RM40,000 bagi kotak gear transmisi automatik.

UD Trucks yang dimiliki pembuat trak Volvo Group sejak 2007, ditubuhkan di Jepun pada 1935 sebagai Nissan Diesel memasuki pasaran Malaysia empat dekad lalu menerusi Tan Chong Industrial Equipment

(TCIE).

 ??  ?? CRONER sesuai sebagai trak tugasan sederhana.
UNIT pandu uji ketika pelancaran.
CRONER sesuai sebagai trak tugasan sederhana. UNIT pandu uji ketika pelancaran.
 ??  ?? REKAAN moden dengan ciri terkini.
REKAAN moden dengan ciri terkini.
 ??  ??
 ??  ?? PENERANGAN aspek teknikal enjin oleh pakar UD Trucks.
PENERANGAN aspek teknikal enjin oleh pakar UD Trucks.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia