Harian Metro

Nippon Paint pertingkat teknologi cat kenderaan

-

Pihak media baru-baru ini dibawa melawat pusat penyelidik­an dan pembanguna­n Nippon Paint Malaysia di Shah Alam, Selangor bagi mengikuti penerangan mengenai warna baru dan ujian dilakukan bagi memastikan ketahanan cat untuk kenderaan.

Khusus buat mereka yang ingin menukar warna kenderaan, sudah pasti pilihan warna serta kualiti dan ketahanan cat itu diambil kira terutama bagi kereta yang sudah lama atau terbabit dalam kemalangan untuk memilih warna asal atau menukar kepada yang lain sering menjadi dilema pemilik.

Nippon Paint kini menawarkan rangkaian dan pilihan warna terbaru untuk pasaran tempatan dengan memperkena­lkan Tren Warna Automotif 2016/17 (ATC 2016/17).

Tiga tema warna disediakan iaitu WanderLust, New Eco dan We

Are One untuk pilihan pengguna dengan setiap satu mempunyai ciri tersendiri disesuaika­n untuk keadaan cuaca di Asia.

Wonder-Lust menawarkan warnawarna kontra, ranggi dan bertenaga seperti biru, merah cili, merah gelap, emas dan rangkaian kuning menjadikan kenderaan lebih menyerlah.

New Eco pula menyediaka­n warna alam sekitar berunsur langit, bumi dan laut yang sesuai untuk kereta premium, mewah dan hibrid dengan pilihan mod eko yang menyatukan warna lebih gelap, hijau dan putih dalam satu palet.

Bagi warna We Are One untuk skema warna yang lebih segar, ditawarkan dalam pelbagai warna biru, kelabu dan hijau sesuai untuk kenderaan kompak, sedan saiz pertengaha­n atau kenderaan pelbagai guna (MPV).

Pengurus Kanan Pemasaran (Automotif) Nippon Paint Malaysia Group, Eugene Yong berkata, antara teknologi yang diperkenal­kan ialah CyGlaz untuk memperting­katkan ketahanan salutan cat dan menjadikan permukaan lebih berkilat, licin serta melindungi daripada cuaca dan kesan bahan kimia.

“Kami juga menawarkan Nax Crystal 9905 sebagai tambahan pada CyGlaz yang direka untuk menahan daripada kerosakan warna berpunca daripada cecair basuhan kereta, hujan asid atau najis burung untuk kemasan yang berkekalan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia