Harian Metro

TARUHAN KAWASAKI SIRI Z

-

Z900 berbentuk

Sugomi kelihatan tirus dan lebih ringan

Hanya dengan mendengar saja bunyinya, ramai yang menoleh mencari sebelum mata tertumpu tajam pada jentera biru yang sporty.

Melihat pada bentuknya, ramai sudah mengenali jentera dimaksudka­n adalah keluaran Kawasaki. Reka bentuk Sugomi dan futuristik menjadi ‘trademark’ untuk model Supernaked terbaru mereka, Kawasaki Z900.

Sugomi yang membawa maksud ‘mengagumka­n’ itu diterjemah­kan menerusi rekaan tirus dan tajam, manakala ruang enjin padat menempatka­n nadi kuasa Z900.

Model gantian bagi

Z800 ini kelihatan lebih bergaya dengan padanan reka bentuk dan casis baru yang secara tidak langsung mengurangk­an berat jentera berkuasa ini berbanding Z800.

Kerangka Trellis yang menyokong enjin ternyata lebih ringan tetapi padat, menjadikan­nya lebih kukuh dan stabil ketika memecut atau mengambil selekoh pada kelajuan tinggi.

Warna biru metalik membolehka­n jentera ini kelihatan lebih menarik, manakala susuk tubuhnya yang meruncing jelas kelihatan. Lampu hadapan simetri berkembar menyamai ahli keluarga siri Z, manakala lampu brek LED menyinarka­n cahaya berbentuk ‘Z’ adalah identiti terbaru model ini.

Konsol meter LCD pelbagai fungsi dengan paparan takometer analog, selain bacaan kedudukan gear memudahkan penunggang mengawal kelajuan. Indikator mod tunggangan ekonomi adalah tambah nilai bagi model ini.

Melihat pada keupayaan jentera ini, enjin empat silinder sebaris 16 injap DOHC menghambur­kan kuasa 948cc dengan 124 hp pada 9,500 rpm, manakala 98.6Nm tork pada 7,700 rpm.

Suntikan bahan api elektronik bersama SubThrottl­es Valves menjadikan putaran enjin lebih lancar dan bergerak mengikut kehendak penunggang.

Suspensi fork terbalik 41mm pada roda hadapan dan imbangan monoshock belakang memastikan jentera mudah dikawal pada sebarang situasi kelajuan. Lengan ayun aloi seberat

3.9 kilogram (kg) turut

 ?? FOTO ?? BENTUK Sugomi serlah imej garang.
FOTO BENTUK Sugomi serlah imej garang.
 ??  ?? LAMPU belakang dengan LED imej Z.
LAMPU belakang dengan LED imej Z.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia