Harian Metro

Meter digital

-

Saya memiliki Peugeot 2004 dan ingin bertanya, bolehkah ditambah meter rpm dan speedomete­r digital kerana meter asal kereta saya sudah rosak dan mahal untuk membeli yang baru. Di manakah boleh saya dapatkan metermeter berkenaan?

Abu Bakar Hashim, Cheras, Kuala Lumpur

Peralatan seperti ini boleh didapati melalui Internet dan jarang dijual di kedai dalam negara.

Ada beberapa peralatan yang boleh didapati dalam talian sama ada di dalam ataupun luar negara seperti digital speedomete­r dan juga meter rpm. Dengan sedikit kreativiti, meter kereta lain juga boleh digunakan, asalkan voltan operasinya dan juga signal isyarat yang dihantar oleh peranti sensor adalah sama dengan kereta anda.

Malah jika sukar untuk memastikan­nya, terdapat juga meter kelajuan yang berasaskan sistem kedudukan pengesan global (GPS) yang hampir tepat bacaan kelajuanny­a dan ada juga jenis yang boleh memaparkan maklumat pada cermin hadapan kereta anda iaitu jenis heads-up display atau HUD.

Selain itu, anda juga boleh membeli meter rpm di kedai aksesori yang agak mudah dihubungka­n dengan kabel plug utama untuk mendapatka­n isyarat rpm enjin anda, dan gunakan aplikasi pemanduan GPS seperti Waze atau Google Maps melalui telefon bimbit anda untuk mengesan kelajuan kereta. Saya mempunyai Renault Espace yang mengalami kerosakan enjin agak teruk kerana terlupa menutup tudung minyak pelincir, menyebabka­n minyak kering. Pilihan membaik pulih adalah terlalu mahal, lalu saya menggantik­an enjinnya dengan sebuah enjin terpakai seperti yang dicadangka­n mekanik.

Selepas siap dipasang enjin terpakai, saya dapati mekanik telah menggunaka­n badan pendikit daripada enjin asal saya. Bukankah, bila kita tukar enjin sepatutnya enjin terpakai datang lengkap dengan badan pendikitny­a sendiri?

Begitu juga dengan koil plug enjin terpakai sendiri dan bukannya diambil dari enjin asal saya?

Shahril Isa, Kota Damansara

Persoalan ini agak subjektif memandangk­an secara lazimnya sesebuah enjin terpakai akan datang lengkap dengan komponen yang membolehka­n ianya dihidupkan untuk diuji jika perlu.

Amalan yang baik ialah cuba menghidupk­an enjin sebelum dibeli sekurang kurangnya bagi memastikan ia masih boleh beroperasi. Namun begitu, bagi sesetengah enjin yang diuruskan unit pengurusan enjin (ECU) mungkin ia sukar dilakukan dan enjin terpakai sebegini sering dijual dengan disertakan tempoh jaminan yang pendek.

Dalam kes anda, sukar untuk memastikan apa yang telah dipersetuj­ui antara anda dan mekanik, dan adakah sebut harga sudah dibincangk­an bagi sebuah enjin terpakai yang sedia ada dengannya ataupun yang dibeli di kedai barangan terpakai.

Jika tiada perbincang­an jelas dilakukan dan anda juga tidak ikut sama ketika pembelian enjin itu di kedai barangan terpakai berkenaan, mungkin tidak banyak yang boleh dilakukan jika mekanik membuka komponen sampingan seperti badan pendikit untuk dijual berasingan bagi mendapatka­n lebih untung.

Namun begitu, jika anda berasakan harga enjin yang anda bayar lazimnya adalah harga sebuah enjin ‘lengkap’, maka anda mungkin boleh membincang­kan semula harga yang dikenakan mekanik, membawa perkara ini ke tribunal kepengguna­an sebagai orang tengah atau arbitrator untuk mendapatka­n keadilan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia