Harian Metro

Ubah suai ekstrem, ranggi

- Fatin Farhana Japre metahad@hmetro.com.my

KW Autoshow sedia medan

penggiat pamer kreativiti dan kongsi

idea

Kehadiran lebih 5,000 pengunjung memeriahka­n lagi acara KW Autoshow 2017 sempena kejuaraan Malaysian Cubprix pusingan ke-6 di Jasin Bistari, Melaka baru-baru ini.

Ternyata masyarakat khususnya golongan muda amat tertarik dengan pengubahsu­aian kereta apabila masing-masing mengetenga­hkan jentera dua dan empat roda yang berwajah ekstrem serta ranggi!

Pameran yang memasuki tahun kedua anjuran KW Motorsport Autoshow dengan kerjasama Safe

Aim Mutual ini menerima penyertaan sebanyak 55 motosikal dan 106 kereta pelbagai model membabitka­n peserta dari seluruh negara.

Acara ini diserikan lagi dengan kemunculan lebih 200 motosikal dan

400 kereta pelbagai model mengikut kelab masingmasi­ng seperti Honda Repsol dan Wira.

Pengarah Program KW Autoshow, Rizalman Mohammed berkata, pertunjuka­n itu dijadikan platform kepada pemilik kereta berkongsi hasil pengubahsu­aian kenderaan mereka dengan orang ramai sekali gus bertukar idea antara satu sama lain.

“Bagi mereka yang berminat membuat pengubahsu­aian, inilah tempat mereka berkongsi idea dan pengalaman. Pengunjung berpeluang melihat sendiri bagaimana bentuk pengubahsu­aian dilakukan seperti pengubahsu­aian enjin, badan, sistem audio dan pemasangan aksesori tambahan.

“Ini adalah inisiatif KW Motorsport untuk membuktika­n kemampuan dan hasil kreativiti ‘anak tempatan’ di mana mereka mampu menghasilk­an bentuk pengubahsu­ian setaraf dengan peminat kereta ekstrem luar negara,” katanya.

Beliau berkata, KW Autoshow kali ketiga akan dianjurkan di Jempol, Negeri Sembilan pada kejuaraan Malaysian Cubprix pusingan ke-9 tetapi buat masa ini masih dalam perbincang­an.

Pelbagai jenama dan model motosikal dan kereta tempatan yang diubah suai menjadi perhatian ramai seperti 135LC, Yamaha RXZ, Persona, Saga FLX, Wira, Kancil dan banyak lagi.

KW Autoshow mempertand­ingkan beberapa kategori kereta seperti Perodua Standard Modified, Proton Standard Modified, Perodua Modified, Proton Modified, MPV & Van Open, Open Oversea Car, Best Stance, Best Split Fire dan Best Car Club Support.

Kategori motosikal pula ialah 2T Standard, 4T Standard, Retro Open, Klasik Open, Best Colour, Best Airbrush dan Best Motor Club Support.

Pengunjung, Asmady Asri, 26, berkata dia sanggup memandu dari Muar, Johor ke Jasin, Melaka untuk menyaksika­n pameran kereta dan motosikal yang diubah suai serta perlumbaan Cubprix.

“Saya dapat banyak ilmu berhubung penjagaan enjin, ubah suai kenderaan dan aksesori dalaman daripada beberapa pemilik kenderaan di pameran ini. Program ini juga baik, terutama kepada golongan muda bagi mengelakka­n kami terjebak dalam aktiviti tidak sihat seperti lumba haram,” katanya.

 ??  ?? MOTOSIKAL di KW Autoshow 2017.
MOTOSIKAL di KW Autoshow 2017.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SEORANG peserta bersama Toyota KE20 yang pernah dinobatkan King of Retro Havoc 2016.
SEORANG peserta bersama Toyota KE20 yang pernah dinobatkan King of Retro Havoc 2016.
 ??  ?? Antara motosikal yang diubahsuai di KW Autoshow.
Antara motosikal yang diubahsuai di KW Autoshow.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia