Harian Metro

Bermula dengan resipi ringkas

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@hmetro.com.my

Khairul sudah cuba 80 jenis masakan kari

kini terbit buku Brownies Paling Agung

Masak-memasak memang sentiasa dikaitkan dengan wanita tapi tidak ramai melakukann­ya pada peringkat profesiona­l.

Sejak beberapa dekad lalu, lelaki menguasai bidang kulinari dan hanya segelintir wanita berjaya menempatka­n diri dalam kalangan itu.

Senario itu dibuktikan Khairul Hakimin Muhammad, yang dikenali sebagai ‘pakar masak’ media sosial apabila sering berkongsi resipi dengan pengikutny­a.

“Asalnya saya hanya penulis yang memulakan kerjaya dari blog kuahkari. com pada 2008. Waktu itu saya hanya menulis pada masa lapang.

“Pada 2015, saya mula serius menulis resipi dan akhirnya ia menjadi ‘trademark’ saya.

“Pada 2016, saya mula menulis resipi langkah demi langkah di Facebook (FB) dan ia sering tular. Itu yang menjadi titik tolak untuk saya terus menulis resipi ringkas supaya ramai orang boleh mula memasaknya di rumah,” katanya.

Menurut bapa kepada seorang cahaya mata itu lagi, kemahirann­ya di dapur diwarisi daripada ibunya yang memang handal memasak terutama menu kenduri serta membuat kek buah bakar dan pelbagai jenis kek kampung yang lain.

“Saya suka masakan yang menggunaka­n rempah kari dan sehingga kini sudah mencuba lebih 80 jenis masakan berasaskan rempah kari. Antaranya kari kambing Kerala, sup kari ikan salmon, sambal ayam kari pedas, kari cendawan dan bendi, ayam khara masala dan sebagainya.

“Mungkin disebabkan ibu saya berasal dari Kerala, India membuatkan saya jatuh cinta terhadap masakan menggunaka­n rempah kari. Tetapi tidak bermakna saya tidak suka masakan lain.

“Kenangan paling tidak boleh dilupakan ketika saya berkongsi resipi kek brownies yang mendapat lebih 60,000 perkongsia­n.

“Akhirnya saya dilamar oleh syarikat penerbitan buku untuk terbitkann­ya iaitu Brownies Paling Agung,” katanya.

 ??  ?? KHAIRUL
KHAIRUL
 ??  ?? BUKU Brownies Paling Agung hasil tulisannya.
BUKU Brownies Paling Agung hasil tulisannya.
 ??  ?? BERSAMA isteri.
BERSAMA isteri.
 ??  ?? BERSAMA ibunya Aini Abdullah.
BERSAMA ibunya Aini Abdullah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia