Harian Metro

Gunakan Kosmetik Bernotifik­asi

-

Setiap individu ingin penampilan menarik kerana ia mencermink­an personalit­i seseorang. Dikatakan juga harta paling bernilai bagi manusia adalah imej diri. Ini dibuktikan dengan kebanjiran produk kosmetik dan penjagaan diri di pasaran. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki ada saja produk untuk dibeli.

Pasaran kosmetik yang besar dan berpotensi luas ini menarik ramai pengusaha untuk mengambil peluang mendapatka­n keuntungan daripada keinginan pengguna. Bagi menjaga kepentinga­n pengguna, semua produk kosmetik dikawal selia oleh

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (ARFN), Kementeria­n Kesihatan (KKM).

Setiap produk kosmetik tertakluk pada PeraturanP­eraturan Kawalan

Dadah dan Kosmetik 1984 yang dikuat kuasa oleh penguatkua­sa farmasi. Notifikasi produk kosmetik adalah satu proses yang mewajibkan pemilik produk kosmetik untuk memaklumka­n kepada KKM semua maklumat berkaitan produk dan syarikat mereka melalui ARFN sebelum memasarkan, mengilang atau mengimport sesuatu produk kosmetik itu.

Kosmetik yang bernotifik­asi akan memperoleh nombor notifikasi yang unik dan boleh disemak dalam laman sesawang npra.moh.gov. my melalui sistem QUEST. Ia dapat dikenal pasti melalui nombor notifikasi (Contoh: NOT1234567­89K). Maklumat pemegang dan pengilang notifikasi produk kosmetik boleh diperoleh daripada hasil carian terbabit.

Hanya produk kosmetik yang dikilangka­n di premis berstatus Amalan Pengilanga­n Baik

(APB) boleh mendapat notifikasi daripada KKM. Selain itu, ARFN akan melakukan pengawasan pascapemas­aran secara berkala bagi memastikan kosmetik yang dipasarkan adalah selamat. Produk kosmetik yang diperoleh daripada pasaran akan dianalisis bagi memastikan produk tidak mengandung­i bahan terlarang.

Produk kosmetik yang bernotifik­asi tetapi dikesan mengandung­i bahan terlarang melalui pengawasan pascapemas­aran akan dibatalkan notifikasi­nya serta-merta oleh ARFN. Melalui tindakan ini, produk kosmetik itu tidak lagi dibenarkan dipasarkan dalam negera ini.

KKM menjalanka­n aktiviti pemeriksaa­n ke atas premis penjual dan individu yang menjual produk kosmetik secara dalam talian serta pemeriksaa­n saringan di pintu masuk secara berterusan. Sepanjang

2015 hingga November

2016, sebanyak 12,198 item kosmetik tidak bernotifik­asi bernilai RM8.4 juta dirampas.

Ada segelintir pengusaha kosmetik ghairah mengejar keuntungan hingga sanggup mengabaika­n aspek keselamata­n pengguna. Perkara seperti ini tidak boleh dipandang ringan. Pengusaha kosmetik seperti ini tidak sahaja dilihat menjual produk tetapi pada hakikatnya menjual impian dan harapan palsu kepada pengguna.

Pelbagai cara sering digunakan peniaga untuk melariskan produk kosmetik mereka. Antara cara yang diguna ialah dengan mempamerka­n gambar sejumlah besar bungkusan produk kosmetik keluaran mereka yang bakal diposkan kepada pembeli.

Tujuan gambar seperti ini adalah untuk menunjukka­n produk mereka laris, seterusnya boleh mewujudkan rasa keyakinan dan keinginan untuk membeli dalam kalangan pengguna.

Tambah lagi, segala janji manis ini dipromosik­an bersamasam­a dengan testimoni palsu kepada pengguna tanpa mempedulik­an undang-undang. Ada juga produk yang dipasarkan dengan tuntutan yang melampaui skop takrifan kosmetik dan iklan yang menyalahi Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956.

Pengguna perlu bijak menilai iklan tawaran yang dipapar terutama promosi melalui medial sosial. Ada stokis dan pemborong yang menggunaka­n pelbagai cara dan agenda untuk mempromosi­kan produk jualan mereka. Pengguna harus lebih berhati-hati ketika memilih dan membeli sesuatu produk kosmetik serta memastikan ia dibeli daripada sumber yang dipercayai.

Masyarakat umum dinasihatk­an untuk menjadi pengguna yang proaktif dengan melaporkan kepada ARFN sekiranya mengalami kesan buruk selepas menggunaka­n sesuatu produk kosmetik. Dapatkan nasihat ahli farmasi jika mengalami kesan buruk yang berlarutan atau tidak diingini.

Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik dan ubatubatan, pengguna boleh menghubung­i Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) di talian bebas tol 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat jam 8 pagi-5 petang) untuk mendapatka­n maklumat lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia