Harian Metro

RUMAH ‘KERAS’

Bangunan sunyi, usang, menyeramka­n jadi sarang maksiat

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Norizuan Shamsuddin am@hmetro.com.my

> Bangunan empat tingkat itu usang. Suasana sekitarnya sunyi sepi serta menyeramka­n. Ada penduduk mendakwa rumah kosong itu berhantu dan ‘keras’. Ada juga yang mendakwa pernah melihat lembaga wanita berambut panjang selain bunyi orang ketawa. Ketahui rahsia di sebalik bangunan itu sebagaiman­a didedah Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Norizuan Shamsuddin

Wartawan berpura-pura mahu menggunaka­n tandas awam mendapati lorong gelap belakang gerai itu menjadi laluan sulit menuju ke bangunan usang berkenaan”

Bangunan empat tingkat ini kelihatan agak usang berbanding kediaman lain. Suasana sekitarnya sunyi sepi. Tambah menyeramka­n tatkala menginjak senja.

Kewujudan pokok Ara besar dengan akar berjuntai di tepi bangunan menambahka­n lagi rasa gerun kepada sesiapa yang melintasi hadapan bangunan di Jalan Gelang, di sini.

Malah, sampah sarap dan serpihan perabot rosak dibuang begitu saja di kiri dan kanan bangunan.

Ada penduduk mendakwa rumah kosong itu berhantu dan ‘keras’.

Malah, ada juga penduduk mendakwa pernah melihat lembaga wanita berambut panjang selain bunyi ketawa nyaring dari bangunan yang dibina sekitar 1980-an itu.

Selain itu, ada pula penduduk memberitah­u melihat cahaya lampu misteri dari tingkat dua bangunan itu.

Bagaimanap­un, semua kisah seram dan misteri itu terjawab apabila wartawan Metro Ahad memberanik­an diri untuk membongkar insiden mistik di sebalik bangunan buruk berkenaan.

Ternyata bangunan usang yang didakwa ‘berpenungg­u' itu menjadi sarang maksiat kepada berpuluh pelacur warga asing yang mendiaminy­a secara diam-diam.

Penyamaran wartawan bermula sejak seminggu lalu, apabila kami berlegar-legar di kawasan itu terutama pada waktu malam bagi mengenal pasti identiti penghuni sebenar bangunan buruk itu.

Wartawan memilih untuk minum minuman ringan di sebuah medan selera terletak tidak jauh dari lokasi itu yang menjadi tumpuan ratusan warga emas bersantai riang setiap petang hingga awal pagi.

Kedengaran alunan lagu tanpa henti didendangk­an dua wanita di atas pentas khas karaoke yang dibina di bahagian

paling hadapan medan selera itu.

Setiap meja makan pelanggan disajikan botol minuman keras bersaiz besar.

Suasana gamat dengan suara gelak ketawa pengunjung yang memenuhi setiap pelosok kawasan sebesar saiz separuh padang bola itu.

Mata wartawan kemudian tertarik dengan kehadiran kira-kira 50 wanita berambut panjang dan berpakaian seksi yang muncul seorang demi seorang.

Masing-masing mengenakan solekan tebal dan membawa tas tangan kecil.

Tidak dapat dipastikan dari mana mereka muncul namun kelibat semua wanita itu segera menarik perhatian pengunjung yang mula terpana dengan penampilan kumpulan wanita genit terbabit.

Ada kalanya gelagat semua wanita terbabit tidak ubah seperti penyambut tetamu yang akan segera menyapa setiap pelanggan yang baru muncul di kawasan itu.

Malah, tanpa segan silu mereka akan duduk di meja pelanggan sambil berborak dan meneguk arak bersama-sama persis pelayan pelanggan (GRO) di pusat hiburan.

Tidak ada langsung rasa malu apabila beberapa wanita terbabit turut mendekati meja kami.

Dengan senyuman manis, wanita terbabit terus menyentuh bahu wartawan sambil berkata sesuatu yang tidak difahami.

Menyedari kami tidak memahami apa diucapkan, salah seorang wanita terbabit memberi isyarat menggunaka­n angka pada paparan telefon pintar dibawa.

Ternyata wanita terbabit menawarkan khidmat seks pada harga RM100.

Wanita itu kemudian menurunkan harga ‘diskaun' kepada RM80 selepas mendapati wartawan tidak berminat dengan tawaran berkenaan.

Mereka kemudian berpindah ke meja lain sebelum urusan tawar-menawar dilakukan terhadap pelanggan lain.

Pada masa sama wartawan mendapati beberapa lelaki yang berjaya digoda akan dibawa pelacur terbabit ke lorong gelap yang terletak tidak jauh dari medan selera itu.

Wartawan yang berpura-pura mahu menggunaka­n tandas awam disediakan di medan selera itu mendapati lorong gelap terletak di belakang gerai menjual mi sup itu menjadi laluan sulit menuju ke bangunan usang berkenaan.

Malah kepingan zink sengaja dipasang bagi melindungi pergerakan keluar masuk.

Setiap pelanggan lelaki yang dibawa berpimpina­n tangan itu kemudian akan ditarik pelacur terbabit menaiki tangga sebelum menuju ke bilik khas di bahagian atas bangunan usang berkenaan.

Ternyata, di dalam bangunan itu terdapat berpuluh bilik yang dibina dan dipisahkan menggunaka­n kayu papan lapis. Ia tidak lain bertujuan bagi ‘melayan' nafsu pelanggan.

Dianggarka­n terdapat lebih 40 bilik tidur kecil dengan katil bujang dibina di dalam bangunan usang itu.

Malah, setiap bahagian tingkap sengaja ditutup dengan kayu bagi menampakka­n seolah-olah bangunan itu sudah ditinggalk­an serta tidak berpenghun­i.

Setiap pelacur wanita terbabit kemudian akan keluar semula melalui lorong gelap sama atau tangga selepas melayan setiap pelanggan.

Mereka akan kembali mencari mangsa baru untuk dibawa ke ‘rumah hantu' itu untuk berseronok.

Difahamkan, kegiatan itu sudah berlanjuta­n sejak beberapa tahun lalu dan kehadiran pelacur asing terutama dari China terus ‘membiak' di kawasan berkenaan.

 ??  ?? Ada juga penduduk mendakwa pernah melihat lembaga wanita berambut panjang selain bunyi ketawa nyaring dari bangunan yang dibina sekitar 1980-an itu” PELAYAN GRO mencari mangsa di medan selera berdekatan rumah ‘berhantu’ berkenaan. ANTARA laluan dan...
Ada juga penduduk mendakwa pernah melihat lembaga wanita berambut panjang selain bunyi ketawa nyaring dari bangunan yang dibina sekitar 1980-an itu” PELAYAN GRO mencari mangsa di medan selera berdekatan rumah ‘berhantu’ berkenaan. ANTARA laluan dan...
 ??  ??
 ??  ?? DIANGGARKA­N terdapat lebih 40 bilik kecil dengan katil bujang dibina di dalam bangunan usang itu.
DIANGGARKA­N terdapat lebih 40 bilik kecil dengan katil bujang dibina di dalam bangunan usang itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia