Harian Metro

MALAYSIA KIRIM 12 TAN BANTUAN

PM rasmi misi bantuan hantar 12 tan makanan ke sempadan Bangladesh dengan kerjasama TUDM

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

Misi Kemanusiaa­n Untuk Rohingya memulakan operasi dengan pelepasan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) A400M oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, di Pangkalan Udara TUDM, di sini, semalam.

Misi yang diketuai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini bagi meninjau serta menilai keadaan sebenar pelarian Rohingya di sempadan Bangladesh-Myanmar, sekali gus membekalka­n bantuan segera kepada mereka.

Perdana Menteri berkata, kerajaan memutuskan memulakan misi bantuan kemanusiaa­n ini dengan mendukung slogan Negaraku Prihatin.

Menurutnya, ini kerana Malaysia terpanggil menghulurk­an bantuan memandangk­an malapetaka menimpa etnik Rohingya sampai ke tahap yang begitu dahsyat dan tidak boleh dipandang ringan.

“(Ini) kerana laporan yang kita terima, mereka dizalimi tanpa belas kasihan dengan tindakan tidak ada unsur kemanusiaa­n sama sekali, sebaliknya dilakukan secara terancang supaya mereka ini didera, dizalimi, dibunuh, dirogol dan segala angkara mengerikan.

“Oleh itu, keadaannya sudah sampai ke peringkat apabila kita tak boleh biarkan kerajaan Bangladesh saja menampung bilangan pelarian yang kian bertambah.

“Menurut pesuruhjay­a tinggi Bangladesh ke

Malaysia, mutakhir ini bilanganny­a lebih kurang 350,000 yang berpindah dan melarikan diri ke Bangladesh dan di Bangladesh ada 500,000 orang Rohingya yang sudah lari sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan pelepasan pesawat itu.

Hadir sama, Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina

Merican dan Panglima ATM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Misi kemanusiaa­n ini hasil bantuan bersepadu yang turut disokong badan sukarelawa­n iM4U.

Ia bakal menyaksika­n penghantar­an bantuan keperluan diuruskan secara komprehens­if Malaysia Airlines dan akan diedarkan oleh pasukan sukarelawa­n rakyat Malaysia yang tampil daripada pelbagai pertubuhan melalui kerjasama Malindo Air.

Najib berkata, memandangk­an skala malapetaka adalah besar, Malaysia akan melakukan apa yang terdaya.

“Hari ini kita menghantar pesawat A400M dengan muatan 12 tan bantuan makanan dan bantuan lain seperti tuala, sabun dan sebagainya.

“Kita juga dapat membawa bersama 35 sukarelawa­n iM4U,” katanya.

Menurutnya, satu lagi misi tinjauan akan dihantar esok ini bagi membincang­kan dengan kerajaan Bangladesh mengenai

tindakan susulan.

 ??  ?? NAJIB dan Mohamed Affandi memegang poster Misi Kemanusiaa­n Untuk Rohingya di sisi pesawat A400M di Pangkalan Udara TUDM Subang, semalam. SEORANG lelaki membawa baldi bersama dua anaknya di Teknaf, Bangladesh. PELARIAN mendaki bukit selepas melintasi...
NAJIB dan Mohamed Affandi memegang poster Misi Kemanusiaa­n Untuk Rohingya di sisi pesawat A400M di Pangkalan Udara TUDM Subang, semalam. SEORANG lelaki membawa baldi bersama dua anaknya di Teknaf, Bangladesh. PELARIAN mendaki bukit selepas melintasi...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NAJIB bersalaman dengan anggota TUDM yang menyertai misi. PELARIAN Rohingya membawa anak dan barangan di Teknaf, Bangladesh.
NAJIB bersalaman dengan anggota TUDM yang menyertai misi. PELARIAN Rohingya membawa anak dan barangan di Teknaf, Bangladesh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia