Harian Metro

IKAN LOMA SERAH DIRI

Lambakan ikan loma beri hasil lumayan kepada nelayan sejak tiga minggu lalu di Sungai Rui

- D J Dolasoh am@hmetro.com.my

Musim ikan loma ‘menyerah diri’ di Sungai Rui, dekat sini, sejak tiga minggu lalu ternyata memberikan hasil lumayan kepada masyarakat setempat khususnya nelayan sungai.

Keadaan Dataran Ikan Loma (DIL) dan sekitarnya yang terletak di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli melalui jalan lama Kampung Bandariang kira-kira lima kilometer dari pekan ini kini dipenuhi pengunjung bagaikan pesta setiap hari.

Tinjauan Metro Ahad semalam mendapati lebih 100 penyauk dan beratus penduduk Gerik serta dari Baling, Kedah datang termasuk hanya untuk menyaksika­n ‘kegilaan’ ikan spesies thynnichth­ys rhynnoides daripada keluarga salmon itu mudik ke hulu Sungai Rui dari Sungai Perak.

Fenomena mengapa spesies ikan ini mudik hanya ke Sungai Rui dan tidak di anak sungai lain di Gerik tidak dapat dipastikan sesiapa sejak 30 tahun lalu tetapi tahun ini dianggap penduduk paling banyak dalam masa 10 tahun lalu.

Keadaan ini berlaku hanya bermula dari Ogos sehingga Oktober terutama selepas hujan lebat di kawasan hulu sungai menyebabka­n penduduk mengambil peluang menyauknya dari atas tebing dengan menggunaka­n penyauk pukat.

Dataran Ikan Loma bernilai kira-kira RM80,000 dibina sejak tiga tahun lalu berhampira­n jambatan Sungai Rui di situ bukan saja memudahkan nelayan dan penduduk menyauk ribuan ikan loma yang sedang mudik, tetapi juga memberi kemudahan pengunjung untuk menyaksika­n ‘pesta’ harian itu.

Beberapa nelayan mendakwa memperoleh sebanyak satu tan metrik ikan loma di situ hanya dengan menggunaka­n sauk sejak sebulan lalu dengan paling banyak memperoleh­i

Fenomena ikan loma seperti menyerah diri sepanjang tiga bulan setiap tahun ini memberi pendapatan lumayan kepada penduduk khususnya nelayan sungai kerana mereka mendapat ribuan ringgit hasil tangkapan”

Ahmad Faizul Ismail

sehingga 150 kilogram sehari terutama selepas hujan lebat.

Seorang nelayan sambilan, Ishak Yahya, 50, dari Kampung Bongor, di sini, berkata, dia memperoleh kira-kira 200 kilogram (kg) ikan loma sejak tiga minggu lalu dengan hari ketiga Aidiladha lalu memperoleh­i kira-kira 100kg.

“Saya datang sauk ikan di tebing DIL kira-kira lima jam sehari tetapi tidak tentu masa terutama jika selepas hujan lebat ikan loma banyak mudik dan saya akan memperoleh banyak hasil.

“Paling seronok, bila melihat ribuan ikan loma bagaikan ‘gila’ berenang di permukaan air berlumba-lumba mudik ke hulu sungai di sini untuk melepaskan telurnya dan disauk orang ramai sehingga ada memperoleh dua kilogram hanya sekali sauk,” katanya ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perikanan Air Tawar Hulu Perak Ahmad Faizul Ismail berkata, sejak sebulan lalu lebih 12 tan metrik ikan loma di samping beberapa spesies ikan lain berjaya dinaikkan dari Sungai Rui itu.

“fenomena ikan loma seperti menyerah diri sepanjang tiga bulan setiap tahun ini memberi pendapatan lumayan kepada penduduk khususnya nelayan sungai kerana mereka mendapat ribuan ringgit hasil tangkapan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PENDUDUK menunjukka­n ikan loma yang berjaya dijaring.
PENDUDUK menunjukka­n ikan loma yang berjaya dijaring.
 ??  ?? PENDUDUK Gerik tidak melepaskan peluang menyauk ikan loma. PENGUSAHA ikan pekasam, Kiah Abdullah 60, (kanan) menunjukka­n ikan loma yang sudah dibersihka­n untuk dijadikan pekasam di Kampung Pengkalan Ikan, Lenggong.
PENDUDUK Gerik tidak melepaskan peluang menyauk ikan loma. PENGUSAHA ikan pekasam, Kiah Abdullah 60, (kanan) menunjukka­n ikan loma yang sudah dibersihka­n untuk dijadikan pekasam di Kampung Pengkalan Ikan, Lenggong.
 ??  ?? ORANG ramai membeli ikan loma segar yang dijual di Dataran Ikan Loma Sungai Rui, Gerik.
ORANG ramai membeli ikan loma segar yang dijual di Dataran Ikan Loma Sungai Rui, Gerik.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia