Harian Metro

TAKDIR MAUT LOKASI SAMA

Lelaki maut kemalangan di lokasi sama anak meninggal tahun lalu

- Zaid Salim am@hmetro.com.my

“Tahun lalu, arwah abang meninggal dunia akibat kemalangan tidak jauh dari lokasi kejadian yang meragut nyawa bapa dan hari ini, ayah pula dijemput ilahi dalam keadaan sama,” kata Mohd Saiful Syawal Md Daham, 27, anak Md Daham Embong, 65, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 40, Jalan Kuala Terengganu-Dungun dekat Merchang, Marang, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, Md Daham meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kaki, muka dan kecederaan dalaman.

Menurut anak ketiga daripada lima beradik itu, kejadian dipercayai berlaku ketika bapanya yang bekerja sebagai nelayan dalam perjalanan ke Kampung Sungai Buaya, Dungun dengan menunggang Yamaha Lagenda sebelum motosikaln­ya dilanggar Proton Persona.

“Memang tidak sangka kejadian ini berlaku. Sebelum ini, arwah abang meninggal di tempat kejadian selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar pokok ketika pulang bekerja 7.30 malam, Februari tahun lalu.

“Hari ini, ayah pula menemui ajal. Walaupun terkejut, kami sekeluarga reda dengan pemergiann­ya,” katanya di Kampung Tebauk, Bukit Tunggal, Kuala Nerus, semalam.

Mohd Saiful Syawal berkata, arwah ayahnya tidak menunjukka­n sebarang perubahan namun kelmarin dia bermain dengan dua cucu kesayangan­nya iaitu anak arwah abang, Nur Shazreen Khalisya, 7, dan Sofia Khaisara, 5,

“Dua anak saudara saya rapat dan manja dengan arwah ayah kerana sejak kematian abang, Mohd Saifuddin, 34, ayah menjaga mereka.

“Ayah jaga mereka kerana ibu mereka, Nur Hidayah Mohd Adnan, 32, sibuk bertugas sebagai anggota di Balai Polis Seberang Takir,” katanya.

Menurutnya, arwah jarang ke laut kerana menjaga dua cucu termasuk seorang daripada mereka yang menghidap jantung berlubang.

“Bagaimanap­un, arwah kerap berulang alik ke Dungun melihat bot disimpan di jeti kampung Sungai Buaya dan pulang ke rumah selepas dua tiga hari berada di sana.

“Jenazah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Tunggal, di sini selepas solat Asar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superinten­dan Mohd Suhaimi Ali ketika dihubungi mengesahka­n kejadian.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Proton Persona dari arah Dungun ke Kuala Terengganu gagal mengawal kenderaann­ya yang terbabas sebelum melanggar motosikal mangsa.

“Pemandu Proton Persona dipercayai terbabas kerana jalan licin sebaik mengambil selekoh sebelum melanggar motosikal mangsa yang dalam perjalanan ke Dungun.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumia­n,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MD Daham (gambar kecil) maut selepas motosikal ditunggang­inya terbabit dalam kemalangan dengan kereta di Kilometer 40 Jalan Kuala Terengganu.
MD Daham (gambar kecil) maut selepas motosikal ditunggang­inya terbabit dalam kemalangan dengan kereta di Kilometer 40 Jalan Kuala Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia