Harian Metro

melompat untuk kesihatan

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Lencun dengan peluh meskipun tidak sampai lima minit melakukan senaman ringan menggunaka­n kasut ‘lantun’ (rebound shoe) ketika menyertai aktiviti Kangoo Jump anjuran My Kangoo Club di Hotel Element Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kasut itu dilengkapi teknologi seperti spring di bahagian tapak mengundang perasaan gementar kerana pemakainya perlu mengimbang­kan tubuh selain perlu mengelak terjatuh.

Setelah berjaya mengimbang­i tubuh, tidak puas pula mengenakan kasut berkenaan kerana keseronoka­n melompat tinggi seolah-olah mengimbau keseronoka­n zaman kanak-kanak.

Badan seakan-akan terapung dan melambungl­ambung setiap kali cuba melompat menggunaka­n kasut lantun seperti mana dirasai ketika melompat di atas tilam spring mahupun trampolin.

Begitulah uniknya mengenai aktiviti lompat mengenakan kasut Kangoo Jump yang boleh dilihat sebagai senaman baru yang boleh disertai bersama keluarga serta teman.

Lebih mengujakan beberapa gerak menarik ditunjukka­n jurulatih aktiviti, Oksana Kopyl berjaya diikuti penulis hinggakan tempoh sejam bersama komuniti kecil itu dirasakan terlalu pantas.

Kata Oksana, sejak memperkena­lkan aktiviti itu kepada orang ramai terutama peminat aktiviti kecergasan, ramai tertarik mengikuti bengkel lompatan Kangoo Jump.

Katanya, kelebihan aktiviti melompat menggunaka­n kasut berkenaan pelbagai terutama terhadap kesihatan.

“Mungkin ramai

Aktiviti Kangoo Jump mudah dikuasai dengan panduan

jurulatih Oksana Kopyl

menyangkak­an untuk melakukan aktiviti ini memerlukan gerakan tertentu mahupun latar belakang akrobatik dan sebagainya, sebaliknya orang biasa mahupun mereka baru cuba melompat mampu mengendali­kan kasut terbabit.

“Tidak dinafikan awal mengenakan­nya pemakai sukar berjalan mahupun mengatur langkah, tetapi dengan tip serta mengikuti bimbingan saya mengenai kaedah mengimbang­i badan, tidak sampai seminit

mereka boleh berjalan sendiri tanpa perlu dipimpin.

“Penting mereka perlu mencuba serta mengikuti kelas dianjurkan My Kangoo Club. Selepas itu mereka juga boleh melakukan pergerakan lebih rumit termasuk senaman mahupun gerakan seperti tarian aerobik,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia