Harian Metro

Nenek jatuh terkurung di rumah

-

Kajang: Seorang wanita warga emas hanya mampu mengengsot untuk mendapatka­n bantuan sejurus dia terjatuh di dalam bilik air di rumahnya di Taman Bukit Permai, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.50 pagi itu, mangsa, Fong Poh Huat, 71, berseorang­an di dalam rumahnya dan pergi ke bilik air untuk membuang air sebelum terjatuh serta cedera teruk di bahagian pinggang.

Difahamkan, mangsa terpaksa mengengsot keluar dari bilik air dan menghubung­i anak saudaranya untuk mendapatka­n bantuan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, Rosman Majid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.56 pagi daripada anak saudara mangsa memaklumka­n kejadian yang berlaku.

“Seramai sembilan anggota bomba bergegas ke lokasi. Setibanya di lokasi, anggota bomba terpaksa memotong mangga pintu dengan menggunaka­n alat pemotong besi.

“Mangsa kemudian dikesan berada di tingkat satu rumah berkenaan. Mangsa ditemui terduduk dan bersandar pada katil. Dia mendakwa

mengalami kesakitan di bahagian pinggang.

“Pegawai perubatan dari Hospital Kajang turut hadir dan membuat pemeriksaa­n terhadap mangsa,” katanya.

Rosman berkata, anggota bomba kemudian menggunaka­n kain kanvas untuk membawa mangsa turun ke tingkat bawah rumahnya.

“Anggota membawa turun mangsa dengan berhati-hati kerana ruang tangga sangat sempit,” katanya.

Dia berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memberikan bantuan kepada mangsa.
ANGGOTA bomba memberikan bantuan kepada mangsa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia