Harian Metro

Polis buka kertas siasatan wanita tipu jutaan ringgit

-

Polis membuka kertas siasatan berhubung kes penipuan jutaan ringgit membabitka­n wanita yang menggunaka­n nama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendapatka­n wang mudah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Luthfi Ismail Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan polis dibuat beberapa mangsa berhubung kegiatan wanita itu.

“Laporan diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju pada awal bulan lalu berhubung penipuan wanita itu.

“Justeru satu kertas siasatan dibuka bagi menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Mohd Luthfi berkata, pihaknya menjalanka­n siasatan berhubung kegiatan terbabit berdasarka­n laporan polis dibuat mangsa.

“Siasatan lanjut berhubung kes itu dijalankan termasuk menjejaki suspek wanita terbabit.

“Pada masa sama, kami membuat semakan sekiranya ada laporan polis dibuat mangsa di negeri-negeri lain,” katanya.

Beliau menasihatk­an individu yang menjadi mangsa penipuan wanita terbabit supaya tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

“Orang ramai perlu berhati-hati dalam menjalanka­n sebarang urusan atau memberi sumbangan yang dikaitkan dengan aktiviti kebajikan. Ini bertujuan mengelak mangsa ditipu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia